`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 23, 2021

Trailer : Teh Tarik Economics 101, Contoh Simple Kegagalan Dasar Ekonomi Baru

 Hari itu Dr Mahathir telah bercakap berkenaan syarikat GLC yang sekarang membuli usahawan tempatan termasuk usahawan Melayu dalam ekonomi kita.  Tetapi yang hakikatnya Dr Mahathir sendiri yang telah kembangkan dan empower budaya ekonomi GLC.

Anyway saya akan cuba beri sedikit pandangan berkenaan perkara itu dalam masa terdekat. Ini Trailer sahaja.

Hari ini saya ingin kongsi sedikit maklumat kenapa Dasar Ekonomi Baru sudah gagal. Antara sebab utama ialah pemimpin politik yang mempolitik-kan ekonomi negara untuk survival mereka lebih daripada survival rakyat negara. 

Tambah lagi mereka tidak faham sedikit pun apa itu ekonomi, bisnes dan kewangan. They just do not understand.  Tetapi mereka telah bersubahat membentuk gagasan-gagasan ekonomi yang tidak terjumpa dalam sebarang buku teks ekonomi dalam dunia ini. 

Maka 50 tahun kemudian ekonomi negara lembap dan ekonomi bumiputera makin pupus. Tanpa Belanjawan Kerajaan atau Annual Budget ekonomi bumiputera sudah lama menjadi extinct.

Antara kelemahan dan kesalahan terbesar DEB adalah dasar itu bergantung kepada Belanjawan Kerajaan untuk mewujudkan ekonomi bumiputera. 

Sepertimana disebut oleh seorang Timbalan Perdana Menteri 'we can use government procurement to bring up the Malays'. Kenyataan ini telah dibuat oleh Najib Razak sebagai TPM sewaktu pemerintahan Abdullah Badawi (sekitar 2005). Maksudnya mereka akan menggunakan Belanjawan Kerajaan untuk membangunkan ekonomi Melayu. 

Please bear in mind bahawa tahun 2005 adalah 35 tahun selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Maksudnya sesudah 35 tahun pun pelakon-pelakon politik negara kita belum lagi berjaya "to bring up the Malays".  Sesudah 35 tahun pun ianya masih WIP atau 'work in progress'.

Dan sekarang pada 2021 pula, ia itu 51 tahun selepas pembentukan dan pelancaran DEB, ekonomi Melayu bumiputera lagi jauh daripada sustainability dan competitiveness. Antara sebabnya ialah dunia pula berubah tanpa henti. Kemajuan dan persaingan manusia adalah begitu hebat dan exciting. Apabila DEB mula diperkenalkan pada 1970 kita tidak tahu apa benda itu negeri China, Huawei, Oppo, Ali Baba, High Speed Rail, Lazada, Geely dan begitu. Memang tak ada pun pada zaman itu. But they are all dominating our lives today.

Sedihnya sampai hari ini ekonomi Melayu / bumiputera hanya boleh berjalan dengan bergantung hampir 100% kepada Belanjawan Kerajaan atau Budget untuk survival.   

Sila lihat gambar berikut yang menunjukkan satu gelas teh tarik kaw. Teh tarik yang dibancuh dengan gunakan air panas, serbuk teh, gula dan susu lembu yang berlemak dan sedap. 




Katakanlah keseluruhan gelas teh tarik itu melambangkan saiz GDP ekonomi negara kita. Sekarang ini GDP ekonomi Malaysia sekitar RM1.4 TRILLION (atau US$350 BILLION). 

RM1.4 TRILLION adalah sama dengan RM1,400 Billion. (Seribu empat ratus bilion Ringgit).

Daripada saiz GDP ekonomi  ini Belanjawan Kerajaan atau Bajet Kerajaan adalah RM323 billion sahaja (tahun 2021). Ataupun 23% sahaja daripada saiz GDP ekonomi negara.

Jadi Belanjawan Kerajaan sebenarnya serupa buih-buih dan sedikit lemak (cream) yang terapung di atas teh tarik kaw tadi.  

Sistem teh tarik ini sangat serupa dengan pengaliran ekonomi negara dan belanjawan kerajaan.

Ok one more time, sila lihat gambar teh tarik itu sekali lagi. Sistem teh tarik ini "berputar dari bawah ke atas". 

Kita mesti pandai bancuh teh tarik dengan betul - cukup dengan air panas-panas pada suhu mendidih, serbuk teh yang cukup (very important), gula dan susu yang cukup. 

Teh tarik yang paling best adalah teh tarik susu lembu dengan lemaknya yang harum. Jadi apabila kita bancuh segelas teh tarik dengan betul, maka akan timbullah buih-buih, lemak dan flavour teh tarik yang sedap dan wangi yang akan naik ke atas.

Serupa juga ekonomi negara kita. Apabila kita membangunkan ekonomi negara dengan betul maka hasil ekonomi dan pembayaran cukai oleh ekonomi negara akan "naik ke atas" dan menyumbangkan kepada "hasil Kerajaan".  Kerajaan pun kaya lah dengan mengutip cukai dan hasil. Ekonomi negara pun "berputar dari bawah ke atas".

Tetapi hasil Kerajaan itu hanya "buih-buih dan lemak-lemak" yang timbul daripada ekonomi yang sihat. Hasil Kerajaan ini selalunya hanya sedikit. 23% sahaja daripada ekonomi GDP negara kita pada 2021. Duit ini sebenarnya tidak cukup. Duit ini hanya cukup bayar gaji penjawat awam, pencen dan sabsidi dan paling sikit bakinya untuk membuat kerja pembangunan.

Dalam satu gelas teh tarik itu, buih-buih dan lemak harum yang timbul ke atas itu kurang daripada satu atau dua sudu sahaja. 

Kita tidak boleh mengambil satu atau dua sudu lemak dan buih-buih itu, ditambah dengan air panas dan dibancuh semula untuk mendapat balik satu lagi gelas teh tarik. Memang tak boleh. It does not work that way.

Tetapi inilah fahaman pemimpin negara kita termasuk perdana menteri yang kata 'we can use government procurement to bring up the Malays'.

Maksudnya dia nak menggunakan buih-buih dan lemak-lemak yang sikit itu untuk bancuh semula satu gelas teh tarik yang baru. Mungkin dia mempunyai sudu ajaib untuk membancuh teh tarik secara ajaib. But it does not work that way.

You cannot use 'government procurement' to bring up the Malays. It will never be enough.  

You cannot create a 100% size economy from a 23% tax collection. You cannot make a full glass of teh tarik by using one or two spoonfuls of the buih-buih and the lemak that float to the top. 

Dan dalam zaman ini semuanya berbillion. Buat landasan keretapi sampai RM60 billion, buat Internet berpuluh bilion, beli kapal TLDM berbillion, buat jalan pun berbilion. Berapa orang Melayu yang boleh benefit daripada 'belanja-belanja' ini? Sedikit sahaja. What about the balance 18 juta orang Melayu?

Jadi bergantung kepada kutipan hasil Kerajaan untuk digunakan dalam Belanjawan Kerajaan untuk 'bring up the Malays through government procurement' tidak akan berjaya. Sudah 50 tahun dasar ini tidak ke mana pun kecuali mewujudkan golongan elit dan golongan kaya di Bukit Damansara, Taman Tun, Bangsar, Taman TAR dan begitu. Itu saja. 

Yang lebih penting ialah kita majukan dan membesarkan keseluruhan gelas teh tarik itu. Kita perlu majukan keseluruhan GDP ekonomi negara kita dengan lebih 32 juta penduduk. Maka semua orang akan maju bersama dan semua orang akan menjadi selesa. 

Main sedut buih-buih itu serupa bebudak glue sniffing. Glue sniffing bantu mereka khayal sekejap tetapi perut masih kosong siang dan malam. 

The views expressed are those of the writers and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.