`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 16, 2021

Tuan-Tuan, Bukti Jelas Kenapa Anak-Anak Yang Keluar IPTA Jadi Bodoh Dan Tidak Boleh Cari Kerja

 Yang berikut ini adalah tulisan Feisal Tehrani dalam FMT. Saya terbitkan semula kesemua daripada artikel Feisal tanpa sebarang editing, kecuali saya susun balik beberapa para dengan gunakan bullet points. Kesimpulan beberapa points oleh Feisal Tehrani:  

  • Inilah sebabnya dengar ahli akademik di TV seperti berada di salun rambut Mei Hwa. 
  • Inilah rahsianya. Dia adalah profesor salun rambut Scopus

  • Inilah sebabnya profesor di kaca TV tidak pun semacam profesor, malah kadang-kala semacam kaki “U-turn”, bergaya bomoh, atau kelihatan ibarat profesor pasu bunga, atau pensyarah langau. 

  • mungkin sahaja ia beroleh gelar profesor kerana ia menulis dan menerbitkan banyak hasil penyelidikannya di jurnal “predator” ini.

  • Mengapa anda harus peduli? Anda wajib peduli, kerana dalam banyak keadaan; profesor ini membayar dengan wang anda. 

  • Bila dia menjadi profesor kelak, maka dia layak dianggap ustaz (meskipun jurutera) tambah-tambah kalau pandai baca hadis dan mengecam mana-mana penyanyi kerana terlebih gelek

  • ahli akademik di Malaysia menduduki tangga kelima menerbitkan di jurnal haram jadah ini

  • membayar kos penerbitan di jurnal tipu ini dengan wang awam 

  • Kazakhstan, Indonesia, Iraq, Albania, Malaysia negara paling aktif menerbitkan di jurnal gila ini.

  • Malaysia, Indonesia and Ukraine, more than one fifth of articles appear in predatory journalsdan Malaysia adalah negara yang paling aktif menerbitkan di jurnal gila ini. 

Sila baca komen saya di penghujung.laysia, Indonesia and Ukraine, morethan one fifth of articles ap


Ada satu rahsia yang sesetengah orang akademik di universiti tidak mahu anda tahu. Saya bakal mendedahkan rahsia itu dengan tulisan saya yang tidak berindeks ini. 

Baru-baru ini, dua orang penyelidik dari Czech Republic membuat pendedahan yang mengejutkan. Mereka adalah Vít Macháček dan Martin Srholec yang menulis sebuah kertas ilmiah berjudul “Predatory publishing in Scopus: evidence on cross-country differences”. 

Saya sekarang akan memudahkan untuk anda, orang awam memahaminya. Anda perlu terus membacanya. Anda akan terkejut di hujung pojok ini.

  • Untuk orang akademik, kalimat Scopus sangat bermain di mulut mereka. 
  • Scopus, menurut seorang Profesor kepada saya adalah umpama wang atau jongkong emas untuk ahli akademik. 
  • Banyak Scopus maka tinggilah nilai pensyarah itu. 
  • Kalimat kedua selain Scopus yang mungkin menjadi bualan ialah apa yang dinamai sebagai penerbitan atau jurnal “predator” (pemangsa).

Mengapakah sesetengah orang akademik di universiti tidak mahu anda tahu mengenainya?

Begini, terdapat satu ‘perniagaan’ dalam dunia akademik. Jurnal-jurnal yang dijadikan tempat penerbitan ahli akademik itu haruslah berdaftar atau diindeks dengan satu pangkalan data antarabangsa yang dikenali sebagai Scopus. Ia adalah semacam satu prestij yang dibina. Maka jurnal yang baik selalunya akan dihujahkan sebagai berdaftar atau terindeks dengan pangkalan data Scopus ini. Buat masa ini terdapat sekitar 36,377 judul jurnal melibatkan 11,678 penerbit yang didaftarkan dengan pangkalan data ini.

Jika jurnal terbitan anda itu menghimpunkan sejumlah kertas akademik yang bermutu, tetapi tidak terindeks di Scopus maka jurnal yang anda dan kawan-kawan kendalikan itu akan dianggap tiada prestij. Hal siapa dan mengapa kita perlu menghambakan diri dengan Scopus ini tidak akan saya bincangkan di sini.

Untuk berkelayakan sebagai jurnal terindeks Scopus, terdapat beberapa ciri yang perlu dipenuhi. Antara lain ialah ketepatan atau disiplin penerbitan jurnal itu, sejumlah anggota sidang editor yang berwibawa, penilaian setanding atau “peer review” yang ketat dan pelbagai lagi.

Dalam banyak-banyak jurnal terdaftar di Scopus itu ada sejumlah yang dinamakan “predator” atau pemangsa, di mana dalam keadaan tertentu, terdapat pentadbir jurnal yang licik masih dapat berdaftar dengan Scopus ini. Jurnal-jurnal ini secara praktisnya tidak pun mematuhi kelayakan yang disyaratkan Scopus itu. Sebagai contoh, katakan jurnal ini tidak memerlukan pun penilaian setanding yang bersungguh. Penilaian setanding untuk rekod anda, adalah apabila seorang ahli akademik menilai kerja ahli akademik yang lain dan memberikan kritikan, pandangan dan ulasan yang adil, lagi membina.

Proses penulisan, penghantaran, penilaian, penyuntingan dan akhirnya penerbitan sesebuah artikel di sesebuah jurnal terindeks Scopus kadang-kadang mengambil masa hampir setahun. Ia menjadi lebih sulit jika jurnal itu didefiniskan pula sebagai Q1 atau Q2 yakni kadar perujukannya sangat tinggi dalam bidang akademik itu. Yang pasti jurnal dengan tahap Q ini tidak perlu dibayar pun, dan memang selalunya bermutu. Cuma untuk menerbitkan di sini selalunya “super” payah.

Akan tetapi, dengan jurnal pemangsa, masa penerbitan dapat disingkatkan. Sesingkat mana? Sangat singkat, seperti anda menghantar pada 8.30 pagi dan pada 5.30 petang hari yang sama karya anda itu sudah pun diterbitkan di jurnal tersebut. Adakah kerana hasil penyelidikan beliau itu sangat hebat? Tidak, malahan kebalikan darinya. 




Jurnal “predator” ini selalunya tidak diketahui siapa sidang editornya, siapa penerbitnya, dan untuk menerbitkan karya di sini; selalunya pensyarah membayar sehingga RM5,000; ada yang sanggup membayar sehingga lebih dari itu, iaitu melampaui kemunasabahan. Jurnal “predator” adalah semacam Macau scam dalam dunia akademik. Jurnal ini malah tiada penarafan Q pun.

Vít Macháček dan Martin Srholec secara jelas menyebutkan ‘sifat 20’ jurnal “predator” ini:

“In contrast to standard subscription based models, authors publishing via paid open-access make business directly with publishing houses. They pay article processing fees directly to the publisher of the journal. Both authors and publishers are motivated to publish articles. Predatory journals perform only vague, pro-forma, and in some cases no peer-reviews, and allow publication of pseudo-scientific results. Predatory journals have also been accused of aggressive marketing practices, having fake members of editorial boards and amateur business management.”

Nah, mengapa pensyarah atau ahli akademik membayar harga yang tinggi untuk menerbitkan di jurnal terindeks Scopus ini?

Pertama, di banyak universiti awam; ia adalah merupakan satu syarat untuk kenaikan pangkat. Katakan, untuk meningkat naik ke taraf profesor madya seseorang itu perlu memiliki 10 buah artikel terindeks Scopus yang diberikan markah H tertentu. Atau seorang profesor C untuk naik ke profesor A dia perlu memenuhi kehendak beberapa puluh pula penerbitan terindeks Scopus. Kenaikan gelar adalah kenaikan gred juga kenaikan gaji dalam sistem perjawatan di negara kita.

Kedua, pemburuan Scopus juga agar universiti kita di Malaysia akan naik kedudukannya dalam senarai penarafan universiti secara sejagat kerana salah satu ukuran yang digunakan ialah jumlah penerbitan ‘berprestij’ iaitu yang terindeks Scopus.

  • Maka di sinilah berlakunya ‘jenayah akademik’ yang berlaku untuk sekian lama
  • Mereka menstrategikan bagaimana boleh menceroboh sistem yang lemah ini

Kadang-kala, mereka bukan seorang yang berilmu pun dalam bidang tetapi mereka licik. 

Inilah sebabnya anda kadang kala merasa hairan mengapa profesor yang bercakap di kaca televisyen itu tidak pun semacam profesor, malah kadang-kala semacam kaki “U-turn”, bergaya bomoh, atau kelihatan ibarat profesor pasu bunga, atau pensyarah langau. Ini kerana, mungkin sahaja ia beroleh gelar profesor kerana ia menulis dan menerbitkan banyak hasil penyelidikannya di jurnal “predator” ini.

Untuk membolehkan banyak hasil dihantar ke jurnal pemangsa ini, sang profesor akan memangsai pula siswa yang sedang membikin sarjana atau doktorat dengannya. Untuk nota, seorang siswa perlu menerbitkan beberapa artikel Scopus sepanjang pengajian dan menjadi syarat graduat. Ada universiti di Malaysia mewajibkan pelajarnya menerbit di jurnal Q1. Secara munasabahnya ini sulit dilakukan, atau secara rasionalnya mungkin paling-paling satu makalah terindeks Scopus dapat dihasilkan. Akan tetapi, kini dengan jurnal “predator” ini, ia dapat dilakukan dengan mudah sekali. Janji dibayar.

Mengapa anda harus peduli? Anda wajib peduli, kerana dalam banyak keadaan; profesor ini membayar dengan wang anda. 

  • Kerajaan memberikan dana penyelidikan kepada pensyarah untuk melakukan penyelidikan dan dana kerajaan ini datang dari poket anda, datang dari perbendaharaan, datang dari perguliran ekonomi Mak Cik Kiah. 
  • Maka harus dinyatakan di sini, dalam banyak keadaan wang awam telah diselewengkan untuk membayar kerja penyelidikan yang tidak bermutu atau tergesa-gesa serta diterbitkan dengan sengaja di jurnal “predator” ini demi melesatkan kecepatan naik pangkat.

Maka anda akan terkejut contohnya saya katakan yang seorang profesor usuluddin misalnya ada menulis makalah kejuruteraan. Ini berlaku kerana profesor usuluddin ini perlu kekal jadi profesor, atau perlu naik pangkat dengan segera; dan untuk menerbitkan kertas di jurnal Scopus yang ketat amat sukar. Akan tetapi jika dibayar kepada jurnal predator ini, ia akan menempuh jalan mudah. Maka berlakulah gotong royong dalam menulis makalah.

Kadang kala satu kertas ditulis lebih enam orang. Pensyarah usuluddin katakan tersenarai menjadi pengarang ketiga dalam kertas kejuruteraan kerana terdapat pakatan antara beliau dan pemunya makalah dari bidang kejuruteraan itu. Sebagai balasan, pensyarah kejuruteraan mungkin pula menerbitkan karya usuluddin. Bila dia menjadi profesor kelak, maka dia layak dianggap ustaz (meskipun jurutera) tambah-tambah kalau pandai baca hadis dan mengecam mana-mana penyanyi kerana terlebih gelek.

Apakah yang mengejutkan dari pendedahan Vít Macháček dan Martin Srholec dalam kertas berjudul “Predatory publishing in Scopus: evidence on cross‐country differences” itu?

Pendedahan mereka adalah mengenai ahli akademik di Malaysia yang menduduki tangga kelima menerbitkan di jurnal haram jadah ini, yakni mereka mungkin besar membayar kos penerbitan di jurnal tipu ini dengan wang awam

Kedua-dua pengkaji menyatakan; “Kazakhstan and Indonesia appear to be the most dire, with roughly every sixth article falling into the predatory category. They are followed by Iraq, Albania and Malaysia, with more than every tenth article appearing in predatory journals.”

Kazakhstan, Indonesia, Iraq, Albania dan Malaysia adalah negara yang paling aktif menerbitkan di jurnal gila ini. 

Menurut pengkaji lagi, pensyarah dalam bidang sains sosial adalah yang paling rajin ikut terbabit dengan penipuan ini; “Social Sciences are particularly ravaged by this problem in a number of countries: in 7 countries, including the relatively large research systems of Malaysia, Indonesia and Ukraine, more than one fifth of articles appear in predatory journals, and in 14 countries more than one tenth of articles fall into this category. Arguably, the credibility of the whole field is at stake here.”

  • Dalam bidang sains kesihatan, pensyarah Malaysia misalnya berada di tangga ke-16 terlibat dengan jurnal “scammer” ini. 
  • Dalam sains hayat kita di tempat kedua, dan demikian juga dalam bidang sains sosial. 
  • Bidang usuluddin, dan syariah yang melibatkan ramai pemegang PhD dalam kalangan agamawan (dan menteri) termasuk bawah bidang sains sosial ini. 
  • Demikian juga bidang sains politik, ekonomi, sosiologi, dan sejarah. 
  • Inilah sebabnya jika anda mendengar ahli akademik di kaca televisyen anda akan berasa seperti berada di salun rambut Mei Hwa. 
  • Inilah rahsianya. Dia adalah profesor salun rambut Scopus.

Dua orang pengkaji yang saya nyatakan dalam artikel saya – yang tidak terindeks dek Scopus ini – mengingatkan bahawa penipuan dan penyelewengan dalam bidang penyelidikan ini tidak menguntungkan negara dan masyarakat. Mereka menyebut, saya petik:

“Taken at face value, the evidence presented in this paper indicates that countries at a medium level of economic development and with large research sectors are most susceptible to predatory publishing. This should be a dire warning for developing countries which devote large resources to support research, but which may not pay sufficient attention to upgrading their research governance capabilities, including research evaluation framework. Moreover, the evidence suggests that oil-rich and/or Arabic and/or eastern countries tend to be particularly vulnerable, which completes the picture of who should be primarily on the lookout for predators.”

Ingatan mereka dalam kesimpulan kertas kajian mereka itu harus menginsafkan kita. Pendedahan ini menjelaskan kepada kita bahawa terdapat satu keperluan untuk mengkonsepsikan apa itu ‘jenayah akademik’ di mana pensyarah yang sepatutnya orang berilmu memanipulasi dana awam untuk mengejar naik pangkat (dan gaji) dengan cara menerbit di jurnal palsu. Saya menjanjikan kejutan kepada anda di awal.

Ada seribu satu macam rahsia sebetulnya di universiti. Buat masa ini, biarlah rahsia.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

My comments :

Jadi sistem kita sudah korup dan rotten to the core. Saya baru tengok video seorang anak gadis Melayu mengadu kena sexual harrassment oleh Polis yang jaga roadblock PKP. Ikut gadis muda itu Polis di roadblock itu menahannya dan kemudian suruh dia 'menangkat baju'.  WT...?

Soalannya 'Apakah perubahan yang akan berlaku selepas ini?' What changes will happen after this? 

Jawapannya :  Nothing. 

Saya ingin share sedikit maklumat dengan sdra Feisal Tehrani. 

Menteri Pengajian Tinggi kita adalah Ahli Parlimen kawasan Parit Sulong. Soalannya isu ini relevan ke bagi penduduk Parit Sulong apabila tiba masa mereka mengundi si Menteri Pengajian Tinggi ? Sila lihat gambar Parit Sulong yang berikut:



 

Tempat yang cantik gila, sunyi, peaceful, tempat yang relaks.  Apakah perlunya Menteri Pengajian Tinggi risau akan kehilangan undi jika 20% professor kita menipu duit rakyat untuk menipu tulis artikel dalam jurnal haprak so that mereka boleh naik pangkat dan naik gaji ?

I dont think so. Menteri kita tak payah risau apa pun.  Kalau Menteri Pengajian Tinggi ke, Menteri Pelajaran ke tak faham apa ke jadahnya "peer review" pun, ianya tidak akan beri kesan kepada pengundi mereka. 

6 ahli Bomba mati lemas. Mesti ada orang yang bertanggungjawab atas kehilangan nyawa yang begitu ramai sekali. Tetapi depa jawab 'kami sudah ikut SOP'. Case closed. Tiada tindakan perlu diambil lagi. Menteri yang jaga Bomba itu Ahli Parlimen di kawasan entah mana. Orang tak ingat pun kes 6 anggota Bomba yang meninggal. 

So Menteri tidak perlu risau sangat lah.  Nothing will happen.

Balik kepada professor kangkung yang menipu menulis jurnal artikel perkara ini bukan baru. 

20 tahun sudah saya kenali seorang sahabat associate profesor di sebuah IPTA (di Shah Alam itu). Dia kata, 'Saya nak jadi deputy dean. Gaji RM7,000. Senang saja. Tulis paper. Itu saja - tulis paper. Publish paper lepas itu boleh naik pangkat. Boleh jadi deputy dean."

That was about 20 years ago. Sekarang Feisal Tehrani dedahkan 'Scam' ini dengan lebih detail. What will happen? Apa yang akan berlaku? Nothing.

Jadi kalaulah professor haprak, maksudnya anak-anak kita yang belajar di IPTA akan menjadi kokak. 

Itulah sebabnya lagi ramai bebudak graduate dari universiti IPTA lagi ramai yang menganggur. Mereka menjadi unemployable. Bukan unemployed tetapi unemployable. 

Bukan tidak dapat kerja tetapi tidak boleh buat kerja. Kecuali mereka jadi pensyarah, dan profesor IPTA, penjawat awam, pegawai GLC dan begitu. 

Mereka akan terpaksa mengamalkan cara hidup "cocoon living environment" - terasing dan terpinggir daripada kehidupan dunia realiti. 

Selagi Kerajaan membuat peruntukan Bajet, maka selama itulah Kehidupan Cocoon mereka boleh sustain.

Di luar cocoon ini, mereka semua jadi unemployable. Bukan unemployed tetapi unemployable.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.