`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 19, 2021

Inap desa jadi ‘port’ parti persendirian

 

Hasil ujian saringan awal mendapati 18 lelaki dan empat wanita positif dadah jenis ketamin, menurut polis.

PETALING JAYA: Polis menahan 22 individu termasuk empat wanita yang menjadikan sebuah rumah inap desa di Taman Pura Kencana, Sri Gading di Batu Pahat, Johor sebagai lokasi berhibur dan menganjurkan parti persendirian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata, semua mereka yang berusia antara 16 hingga 23 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas rumah inap desa berkenaan pada 1.30 pagi semalam.

Katanya, ketika serbuan semua suspek sedang berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik serta dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Hasil pemeriksaan di rumah teres dua tingkat berkenaan, ia dipercayai disewa bagi tempoh selama dua hari,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ismail berkata, hasil ujian saringan awal mendapati 18 lelaki dan empat wanita positif dadah jenis ketamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kompaun juga dikeluarkan bawah peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kepada semua suspek,” katanya yang turut menambah siasatan lanjut mengenai perkara itu masih lagi dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.