`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 12, 2021

Semua PPV Bahagian Miri ditutup mulai Isnin

 

Individu yang belum mendapatkan vaksin atau ingin mendapatkan dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terlibat, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri.

MIRI: Kesemua pusat pemberian vaksin (PPV) di Bahagian Miri akan ditutup secara rasmi bermula Isnin depan, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri hari ini.

Kenyataan itu menyebut penutupan itu yang melibatkan PPV Eastwood Valley, Curtin University, Dewan Masyarakat Bekenu, Dewan Masyarakat Beluru, Dewan Masyarakat Sepupok, Dewan Suarah Marudi dan Dewan Terbuka Long Lama, dibuat selepas perbincangan serta persetujuan bersama dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu memaklumkan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) masih berjalan seperti biasa dengan pemberian vaksin akan dilaksanakan di klinik-klinik kesihatan dan fasiliti kesihatan swasta.

“Mana-mana individu yang belum lagi mendapatkan vaksin atau ingin mendapatkan dos penggalak, boleh menghubungi klinik kesihatan terlibat dan memberikan butiran peribadi kepada pegawai bertugas,” menurut kenyataan itu.

Antara klinik kesihatan terlibat dalam pemberian vaksin ialah Klinik Kesihatan Tudan, Miri, Bekenu, Batu Niah, Tun Abang Haji Openg, Marudi, Beluru dan Long Lama, manakala bagi fasiliti kesihatan swasta termasuk Klinik Lee, Klinik Dinamik Miri, Klinik U.N.I Miri, Borneo Medical Centre Miri dan Hospital KPJ Miri.

Bagi individu di kawasan pedalaman yang masih belum mendapatkan vaksin atau dos penggalak, jawatankuasa itu memaklumkan mereka boleh ke klinik kesihatan terdekat bagi tujuan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.