`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 1, 2022

Biar pakar bebas nilai lebuh raya baharu KL, kata pemimpin komuniti

 

Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node) ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin komuniti menggesa supaya penilaian dan analisis yang telus dan bebas dilakukan bagi cadangan pembinaan lebuh raya Kuala Lumpur utara yang dijadualkan bermula pada 2024.

Dr Rafick Khan Abdul Rahman dari Bukit Antarabangsa berkata, majlis tempatan di Ampang Jaya dan Selayang harus dibenarkan melantik perunding bebas untuk menjalankan penilaian impak sosial, lalu lintas dan alam sekitar.

Katanya, pelbagai penilaian impak sebelum ini tidak dijalankan secara telus dan adil.

“Perunding yang dilantik oleh jurubina biasanya mendapatkan penemuan yang berpihak dengan data yang meragukan dalam laporan mereka hanya untuk menyesuaikan kelulusan untuk projek lebuh raya baharu,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Rafick berkata, penilaian impak lalu lintas bagi Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dijalankan ketika musim perayaan, yang akan menjejaskan penemuan.

Katanya, pihak berkuasa harus menggunakan “prinsip empat mata” semasa proses libat urus dengan pihak berkepentingan.

“Jangan layan penduduk seperti musuh. Bersikap terbuka dan bekerjasama dengan masyarakat,” katanya sambil menambah, penyokong lebuh raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) enggan memberi maklum balas berkaitan apabila diminta.

“Lebuh raya di Lembah Klang selama ini tidak dirancang dengan baik dan ia menjejaskan kualiti hidup kita. Majlis tempatan harus menjadi pengimbang dengan memberi tumpuan kepada isu mikro,” kata Rafick, yang juga bekas doktor tentera.

“Jangan dengan mudah beri mereka (kontraktor) kelonggaran untuk membentuk dan memuktamadkan jajaran, memutuskan reka bentuk lebuh raya dan penggunaan tanah ikut suka mereka.”

Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node) ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur.

Rafick berkata, KL Node mesti disambungkan terus ke EKVE dan lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (atau lebuh raya Latar), bukannya membenarkan lalu lintas melimpah ke jalan tempatan di titik keluar.

“Jika ini tidak ditangani, kesesakan akan berulang, seperti situasi tujuh lorong di mana jalan keluar Lebuhraya Duke bergabung dengan jalan dan titik keluar ke (kawasan) pembangunan bercampur, bergabung dengan tiga lorong di Jalan Lingkaran Tengah 2,” katanya.

Sementara itu, pakar perancang pengangkutan Wan Agyl Hassan berkata, cadangan lebuh raya untuk menghubungkan koridor timur dan utara Lembah Klang mesti disambungkan dengan stesen pengangkutan awam bagi memberi rakyat lebih banyak mobiliti.

Katanya, tempat letak kenderaan yang cukup juga diperlukan bagi pembangunan berorientasikan transit.

Beliau turut menegaskan bahawa lebuh raya bertol bukanlah penyelesaian penting untuk mengurangkan kesesakan, “memandangkan kita juga bergelut untuk menambah baik pengangkutan awam”.

Jurucakap Coalition against Petaling Jaya Dispersal Link Michael Kum berkata, KL Node mesti direka bentuk dengan lebih “pemikiran mendalam yang diterapkan” dan “bukan hanya garis dangkal yang merentasi kawasan perumahan rakyat dan dengan itu, meningkatkan jejak karbon”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.