`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 1, 2022

Tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu, Umno tak mungkin jadi kerajaan hari ini, kata PAS

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu akan ‘berkawan di waktu susah dan senang, dalam situasi gawat atau senang’ bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang.

ALOR SETAR: PAS tidak boleh mengetepikan Bersatu selepas pengorbanan oleh pemimpin parti itu yang keluar Pakatan Harapan (PN) sehingga menyebabkan kerajaan baharu terbentuk pada Mac 2020.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan parti itu akan “berkawan di waktu susah dan senang, dalam situasi gawat atau senang” bersama parti yang membentuk kerajaan selepas PH tumbang.

Katanya, keberadaan Umno kembali menjadi kerajaan hari ini selepas kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) juga hasil pengorbanan Bersatu yang meninggalkan PH.

“Keberadaan kita dalam kerajaan persekutuan hasil daripada rakan-rakan kita (termasuk Bersatu) yang keluar PH.

“Kita menghargai betapa besarnya perjuangan dan pengorbanan mereka. Sebab itu bagi kita apa juga muafakat politik kita tidak boleh mengetepikan rakan kita dalam Bersatu.

“Tanpa mereka (Bersatu), Umno pun tak mungkin berada dalam kerajaan persekutuan hari ini. Takkan jika kita menang jadi kerajaan tiba-tiba kita nak mengetepikan sahabat dan rakan kita,” katanya ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63.

Tuan Ibrahim berkata, muafakat politik bukan hanya bersifat sementara tetapi menunjukkan hala tuju ke mana negara dan rakyat hendak dibawa.

Katanya, PAS akan membuat satu pengumuman penting bulan ini dalam menentukan hala tuju kerjasama politik menghadapi PRU15.

“Pemuda PAS perlu bersiap sedia dalam semua situasi. PAS akan buat keputusan penting dalam bulan ini dan kita tak akan berganjak dalam tempoh tersebut, perkukuhkan PN (Perikatan Nasional) sebagai platform kita menghadapi PRU15,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.