`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 27, 2022

PH calon Poay Tiong pertahan Kota Melaka

 

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Khoo Poay Tiong amat tertib dan telus dalam menguruskan peruntukan kawasannya serta tidak pilih kasih dalam membantu rakyat. (Gambar Facebook)

MELAKA: Penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dicalonkan semula sebagai wakil Pakatan Harapan di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

Beliau berkata, Khoo dicalonkan atas rekod cemerlangnya berkhidmat di Parlimen berkenaan pada penggal lepas serta mempunyai rekod kehadiran dan mengambil bahagian yang baik di Parlimen.

“Beliau amat tertib dan telus dalam menguruskan peruntukan kawasan dan tak pilih kasih dalam membantu rakyat di kawasan diwakilinya,” katanya selepas merasmikan jentera pilihan raya PH Parlimen Kota Melaka di sini.

Pada PRU14, Khoo menang dengan majoriti 49,174 undi di kerusi itu, menewaskan Eric Choo Wei Sern (Barisan Nasional) dan Goh Leong San (bebas).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Keahlian Wong Tack

Mengenai penyandang kerusi Bentong, Wong Tack yang akan bertanding sebagai calon bebas selepas bekas ADUN Ketari, Young Syefura Othman dicalonkan untuk kerusi itu, Loke berkata, keahlian Wong akan terlucut secara automatik.

“Masuk saja hari penamaan calon, jika beliau bertanding sebagai calon bebas, maka keahliannya akan terlucut serta-merta…tak perlu surat daripada parti kerana ini perkara terbuka. Saya harap beliau tidak lakukannya.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.