`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 1, 2023

Orang Melayu Sila Bangkit, Nasib Kita Tidak Berubah Tetapi TIGA Bank Saja Boleh Untung Lebih RM19 BILION

 Beberapa hari sudah saya serta isteri telah pergi ke bank kami untuk bertanya pasal pinjaman kereta (car loan). Kami telah lama berurusan dengan bank itu - about 20 years. Sebelum itu kami telah melawat showroom dealer kereta (kereta nombor dua itu) untuk melihat model kereta, harga dsbnya. Dealer kereta itu terletak di kawasan dekat rumah kami juga.

Tetapi apabila bercakap dengan seorang pegawai pinjaman di bank kami, dia "menyuruh" kami booking kereta itu dengan "dealer kereta" yang dia recommend pula - berhampiran cawangan bank dia.  Dia kata 'dealer ini dalam panel kami'. Lepas itu dia kata jika kami masih nak beli kereta itu daripada car dealer pilihan kami (yang dekat rumah kami) maka kami boleh pergi ke cawangan banknya yang lain yang berdekatan dengan car dealer itu. Maksudnya dia tidak mahu layan kami lagi.

Saya rasa pelik juga sebab saya tak sangka bank boleh ada "panel of car dealers" pula. Lagi pun jarak antara kami, car dealer dan cawangan bank pun bukan beratus kilometer. Cawangan mana pun atau dealer mana pun semuanya dalam jarak 15 - 30 minit driving time saja. Dulu saya pernah ambil car loan daripada sebuah bank di Kelang, walaupun rumah kami di Bangi.

Jadi jelaslah ada hanky-panky yang sedang berlaku dengan pegawai pinjaman itu. Kemungkinannya pegawai pinjaman bank dan car dealer itu ada "persefahaman" yang saling menguntungkan mereka.

Saya pun balik ke rumah dan telefon pusat "car hire purchase center" bank itu juga (tetapi di lokasi lain). Seorang pegawai wanita yang menjawab telefon layan saya dengan sungguh professional. Selepas tanya beberapa soalan, dia meminta emel saya dan terus hantar senarai dokumen dan maklumat yang perlu saya serahkan untuk membantu dia memproses pinjaman kereta itu.  Lokasi 'car dealer' itu tiada kaitan dengan memproses permohonan pinjaman saya. 

Tuan-tuan boleh teka tak apa bangsa pegawai pinjaman di cawangan bank tadi dan apa bangsa pegawai bank wanita itu? Can you guess?

Ikut Rafizi Ramli his solution is saya sepatutnya pergi "shopping ke bank lain". Kalau awak tak suka bank ini, pergilah ke bank lain. But it is not that easy. Sebab dalam negara kita bilangan bank amat terhad. Bank dalam negara kita adalah ikut sistem oligopoli. (Tambah lagi segala financial track record saya dan isteri selama lebih 20 tahun itu sudah pun ada dengan bank tadi. Track record current account, savings, fixed deposit, pinjaman lain yang sudah settle sejak 20 tahun semuanya dengan bank itu juga).

Apa itu oligopoli? Oligopoli adalah "jenis pasaran di mana penjual atau produk sangat sedikit, jauh lebih sedikit daripada pengguna.

Maka penjual oligopoli, yang hanya sedikit, dan permintaannya tinggi, mempunyai kemampuan tertentu untuk mempengaruhi produk yang akan mereka hargai. Dalam kata lain, penjual oligopoli boleh mengawal harga dan kuantiti produk yang dipasarkan. Dengan permintaan yang tinggi, harganya lebih mahal kerana pengguna mempunyai pilihan terhad".

Jadi saya dan isteri saya mempunyai pilihan terhad sebab terdapat sedikit saja bilangan bank dalam negara kita dengan 34 juta penduduk. Malaysia mempunyai enam (atau tujuh) anchor bank sahaja. Ini adalah sistem oligopoli.

Dan oleh kerana mereka adalah oligopoli, maka pada setiap tahun oligopoli bank yang sangat sikit di Malaysia mencatat untung berbilion Ringgit.

Ikut berita pagi ini, bagi tahun 2022 tiga bank sahaja ia itu Maybank, Public Bank dan RHB Bank dapat untung lebih RM19 Bilion.Sila rujuk berita berikut:


 

Pada tahun sudah pun sistem perbankan oligopoli dalam negara kita (peninggalan daripada dasar ekonomi gagal zaman pemerintahan UMNO sejak 52 tahun) telah mengaut keuntungan yang besar. Yang berikut ini adalah ulangan berita lama (yang saya telah muat-naik tahun sudah juga):

 


 

Kita baru nak mula pulih daripada pandemik Covid 19 dan kemelesetan ekonomi negara tetapi tiba-tiba dunia digoncang dengan peperangan di Ukraine (Feb 2022), sekatan ekonomi Amerika dan Barat terhadap Rusia dan China dan kemelut politik antarabangsa yang membawa akibat buruk terhadap ekonomi kita sekali. 

Harga ayam dan telur naik di seluruh dunia bukan saja sebab kekurangan bahan makanan ayam dan haiwan dari Ukraine dan Rusia tetapi kekurangan gas asli dan minyak akibat sekatan ekonomi Barat menyebabkan harga jualan komoditi asas seluruh dunia melambong naik.

Ekonomi Barat, Amerika dan negara yang mentaati politik sekatan ekonomi oleh Barat semuanya mengalami kepincangan. Dan oleh kerana ekonomi seluruh dunia saling terkait dan terlibat maka kita semua suffer sekali. 

Itulah keadaan dunia sekarang. 

Jadi soalan misteri yang mesti timbul ialah bagaimana pula bank-bank oligopoli di Malaysia masih boleh mengaut keuntungan berbilion Ringgit setiap tahun? 

Pandemik tak pandemik mereka untung berbilion.
Perang Ukraine atau tiada perang Ukraine mereka untung berbilion.
Ekonomi meleset atau tak meleset mereka untung berbilion.

Tak lain tak bukan rahsia keajaiban keuntungan berbilion Ringgit mereka ini adalah sistem perbankan oligopoli.

Pengguna dan peminjam bank mempunyai pilihan yang sangat terhad. Ekonomi negara kita pun mempunyai pilihan yang sangat terhad.

Tambah lagi majoriti bank oligopoli adalah syarikat GLC atau syarikat kepunyaan kerajaan. Maksudnya hala tuju dan objektif mereka juga dipengaruhi mainan politik parti politik yang pegang kuasa.

Contohnya pemikiran "ketuanan Melayu" yang dipelopori UMNO dulu juga mempengaruhi dasar sistem perbankan kita. Bahawasanya kerajaan (di bawah pimpinan UMNO) harus menguasai sistem perbankan untuk control pinjaman bank (credit and loan growth) dalam ekonomi negara.

Apakah akibatnya? 

Akibatnya adalah pengguna (peminjam) mempunyai pilihan yang terhad untuk memohon pinjaman bank.  Majoriti bank oligopoli dipunyai kerajaan pimpinan UMNO (GLC) yang mempunyai agenda politik yang tersendiri. 

Bank jadi makin kaya. Pengguna makin tersepit.

Dan pertumbuhan ekonomi negara pun tercacat. 

Yang berikut adalah carta pertumbuhan pinjaman bank (Total loan Growth) dari tahun 2012 - 2021 bagi negara kita.

Kita boleh melihat bahawa antara 2012 hingga 2021/2022 Total Loan Growth dalam negara kita makin berkurangan.

Selama 10 tahun Total Loans Growth sistem perbankan kita berkurangan. Tetapi keuntungan bank oligopoli pula makin bertambah. Tidak ada pengurangan pun dalam keuntungan mereka. 

Dan mangsa paling besar adalah syarikat SME yang memang susah bagi mereka mendapat pinjaman bank.

Apakah akibatnya?

SME (atau IKS, Industri Kecil dan Sederhana) menyumbangkan 97% daripada jumlah syarikat dalam ekonomi negara kita.

"SMEs are the backbone of the Malaysian economy, accounting for 97.2% of total business establishments, generating 38.2% of GDP and providing employment for 7.3 million people".

Kalau SME tidak boleh maju maka pluang pekerjaan bagi generasi muda juga akan amat terhad. Anak-anak muda kita terpaksa menjadi bebudak 'food delivery', teksi e-hailing dsbnya. Dan SME-lah yang bakal melahirkan syarikat besar yang boleh tersenarai di Bursa Saham sekali. The headbone is connected to the shoulder bone, the shoulder bone is connected to the backbone dan seterusnya. Kita semua connected.

Apakah akibatnya?

Akibatnya adalah pertumbuhan industri peminjam duit tidak berlesen Ah Long. Sistem perbankan Ah Long sudah bertapak kukuh dalam ekonomi negara sebab Ah Long menyediakan pinjaman kewangan yang mudah untuk memenuhi keperluan pengguna yang tidak dilayan oleh sistem perbankan oligopoli. 

Apakah akibatnya?

Ah Long buat untung berbillion Ringgit juga - mungkin melebihi keuntungan oleh bank. Tetapi oleh kerana Ah Long tidak berlesen dan mereka adalah peniaga haram maka Ah Long tidak membayar cukai. Maksudnya kerajaan kehilangan berpuluh bilion Ringgit hasil kutipan cukai. 

Pengguna dan ekonomi negara pula mengalami kerugian besar sebab bunga yang dibayar kepada Ah Long melebihi 18%, 24%  setahun dsbnya. Ia itu empat hingga enam kali kadar bayaran kepada bank oligopoli.

Apa maksud semua ini?

Maksudnya masa depan rakyat, pengguna dan ekonomi negara telah dirosak hancurkan oleh dasar-dasar ekonomi Zaman Mahazalim dan Mahafiraun  yang lebih mementingkan golongan elit yang sedikit dengan memberi mereka lesen oligopoli, lesen monopoli, lesen AP, konsesi itu dan ini yang semuanya bertujuan menghimpit dan menyempitkan standard of living, kos sara hidup dan peluang hidup bagi majoriti 34 juta penduduk negara ini.

Jadi apabila tuan-tuan terpaksa "dig inside your pockets" (korek poket) nanti mencari duit untuk membayar pinjaman kereta, membayar pinjaman rumah, memohon pinjaman untuk membeli kereta dsbnya  ingatlah baik-baik apa yang mereka telah melakukan kepada negara kita.

Mereka melagakan kita antara satu sama lain, mereka tabur politik benci membenci dan mereka memperbodohkan kita - untuk mereka untung lebih. Tuan-tuan bayar dulu.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.