`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

13 tapak dipajak kepada konsesi lebuh raya, jana ekonomi tanah persekutuan

 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pajakan itu selaras Kanun Tanah Negara, selain mengoptimumkan penggunaan di atas tanah persekutuan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Perjanjian Pajakan melibatkan 13 tapak komersial dan bukan komersial seliaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di kawasan lebuh raya bertol.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya di bawah seliaan KKR iaitu Prolintas dan IJM Corporation itu, mampu mengoptimumkan penggunaan serta pembangunan di atas tanah persekutuan bagi menjana ekonomi lebih berdaya saing.

Beliau berkata, tempoh pajakan berkenaan akan berterusan selagi mana konsesi syarikat lebuh raya bertol yang terlibat masih berkuat kuasa.

Katanya, ia selaras dengan Seksyen 221, Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan PTP selaku pemilik tanah yang berdaftar boleh memajakkan tanah bagi tempoh maksimum 99 tahun.

“Syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah seliaan KKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia mendapat kepentingan eksklusif dalam mengawal selia, mengoptimumkan pembangunan komersial serta menguruskan aturan semasa berkaitan dengan tanah atau fasiliti didirikan di atasnya,” katanya.

Nik Nazmi berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi yang turut hadir, berkata pajakan tersebut mampu memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap dan bermutu tinggi semasa menggunakan lebuh raya.

Beliau berkata, pihaknya akan memantau prosedur dan isu pengurusan tanah di kesemua 36 lebuh raya yang beroperasi di negara ini.

“Kementerian bertekad dan komited untuk memberi perhatian serius kepada isu pengambilan tanah, perizaban jajaran, pemberimilikan dan pajakan projek lebuh raya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.