`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 6, 2023

50,000 tiket bas balik raya ke Kelantan terjual

 

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd, Che Ibrahim Che Ismail berkata, syarikat itu mempunyai 20 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara dengan trip terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu.

KOTA BHARU: Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri, kata Pengerusi Eksekutifnya Che Ibrahim Che Ismail.

Beliau berkata sejak jualan dibuka, pihak berjaya menjual 5,000 tiket sehari.

“Perkhidmatan bas akan beroperasi antara 70 hingga 80 trip sehari ke seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

“Setakat ini, kita mempunyai 20 bas ekspres bagi perjalanan ke seluruh negara dengan trip terbanyak ialah laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 300 asnaf dari Kampung Panchor, Tebing Tinggi serta anak-anak yatim dari Darul Aitam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Taman Sabariah di pejabat E-Mutiara.

Che Ibrahim berkata E-Mutiara juga telah menempah 20 bas dua tingkat sepanjang 13.5 meter yang setiap satu bernilai RM1.5 juta.

“Sekiranya syarikat berjaya menerima dua daripada 20 bas yang ditempah itu, E-Mutiara yakin dapat menambah perjalanan hingga 100 trip sehari,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.