`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 14, 2023

Agihan kerusi PN dijangka selesai Ahad ini, kata Sanusi

 

Sanusi Md Nor berkata, rundingan kerusi PN untuk PRN Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah selesai.

PETALING JAYA: Rundingan pengagihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi PRN di enam negeri dijangka selesai Ahad ini, kata Sanusi Md Nor.

Ketua pengarah pilihan raya PRN itu berkata, hanya Selangor dan Negeri Sembilan belum menyelesaikan pengagihan kerusinya.

“Di Negeri Sembilan dan Selangor ada dua (atau) tiga kerusi DUN (belum diputuskan), tetapi di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, semuanya sudah selesai.

“Hari Ahad mereka (kepimpinan PN Negeri Sembilan dan Selangor) akan berjumpa balik (selesaikan). Bukan pasal apa, ini kerana (kerusi itu) ‘hang nak, aku pun nak’, jadi kita (adakan) rundingan,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pengagihan kerusi DUN antara parti komponen PN 80% selesai.

Katanya, perbincangan pusingan pertama proses itu berjalan lancar dan teratur, dibuat secara muafakat antara parti komponen PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.