`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 25, 2023

Batal festival jualan raya, 5 individu didakwa hari ini

 

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, semua individu berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah syarikat serta empat lagi individu lain yang terbabit dalam penganjuran festival jualan sempena Aidilfitri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang dibatalkan saat akhir akan didakwa hari ini.

Menurut Harian Metro, semua suspek berusia antara 23 hingga 74 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata semua mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta.

Ads by Kiosked

“Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah 4, Jalan Duta, pada 11 pagi ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Noor Dellhan dalam kenyataan berkata tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat ditahan polis untuk siasatan berkaitan festival beli belah itu yang dibatalkan pada saat akhir.

Katanya, tiga individu itu ditahan susulan beberapa laporan polis yang dibuat peniaga yang menyertai festival tersebut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Dang Wangi membuka satu kertas siasatan berkaitan laporan tersebut bagi siasatan selanjutnya dijalankan.

“Susulan siasatan dijalankan, tiga individu terdiri daripada pengarah syarikat serta penganjur festival antaranya seorang lelaki berumur 23 tahun dan dua wanita tempatan berumur 50 dan 51 tahun,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.