`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 25, 2023

Boros untuk rakyat, apa salahnya?

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim banyak kali menegaskan kerajaan akan menghentikan amalan boros mengadakan majlis-majlis yang tidak perlu. Jadi apabila PMX mengumumkan rumah terbuka raya di enam negeri, warganet dan pemimpin pembangkang cepat mengkritik langkahnya bertentangan dengan dasar berjimat.

Menjamu rakyat setahun sekali apa salahnya. Dalam kapasitinya sebagai PM, takkanlah kerajaan nak berkira sangat. Walaupun kita faham ini sebahagian daripada kempen bertemu rakyat di negeri-negeri yang akan menghadapi PRN berapa bulan lagi.

Rakyat negeri terbabit bolehlah jumpa PM berdepan dan bertanyakan apa yang terbuku dihati. Jadikan ia sesi “town hall”. Janganlah ada protokol sangat sampai rakyat tidak boleh dekat dengan PMX. Jadikan ia majlis bertemu pemimpin bukan majlis berebut makan di tengah panas terik.

Majlis rumah terbuka pemimpin selalunya menyediakan pek makanan yang cincai, asal boleh makan, berselerak, selekeh. Sedang di meja VIP, lengkap dengan penutup hidangan, berbeza dengan pek yang rakyat dapat. Lekeh sungguh rakyat ni.

Berapa kerat yang dapat bersalam dengan PM? Selepas beratur berjam-jam, berjurai peluh, di arah ke sana ke sini, akhirnya dapat merasa lima cucuk sate. Takpe lah atas dasar merayakan Aidilfitri, seronok berkumpul beraya bersama pemimpin. Kalau dapat “selfie” dengan PM, penat berbaloi, baru ada bukti beraya dengan orang No 1 Malaysia.

Tak kira raya atau pilihan raya, PM ada hak untuk berjumpa rakyat. Sudah tentu kita melihatnya sebagai kesempatan untuk berkempen. Kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang tidak perlu ‘gabra’, takut rakyat berubah sokongan kalau mereka sudah “solid” menyokong kerajaan negeri.

Pemimpin negeri dengan terajunya menteri besar pun sudah merata berkempen tak kira masa. Ketika Ramadhan, menteri besar Kedah sudah pun mengadakan iftar dengan anak Kedah di perantauan, di Shah Alam. Pada hari kedua Syawal, Sanusi bersama beraya dengan para mahasiswa, yang rata-rata menyatakan sokongan kepada MB.

Insiden kecil Sanusi dihalang mengadakan majlis di MAEP Serdang satu tindakan yang tidak matang. Ini bukan langkah pahlawan, berdepan dia kecundang, ke belakang dia memukul curi.

Tentu ada mesej penting dari PMX di hari terbuka raya nanti. Sekurang-kurangnya projek untuk manfaat rakyat. “Timing” memang sesuai sangat dengan PRN. Raya untuk pilihan raya. Putrajaya mungkin mahu membuktikan rakyat tidak dianaktirikan dan sebenarnya pemimpin Perikatan Nasional yang gagal menjaga kebajikan pengundi mereka.

Pakatan Harapan memandang serius pengaruh PN pada PRN akan datang. Walaupun gabungan PH sentiasa menafikan kemampuan PN khususnya PAS dalam pilihan raya kali ini, mereka terus memberi gambaran bahawa PN tidak mampu menerajui kerajaan negeri.

Raya membawa suasana “feel good”. Apa pun mesej yang mahu disampaikan akan mendapat reaksi positif. Sejauh mana janji boleh bertahan, semuanya bergantung kepada sentimen politik. Jom makan ketupat. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.