PETALING JAYA: Mayat seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Penawan dekat Kampung Sinsingon, Sepulut, Sabah kelmarin ditemui petang tadi.
Joffizan Joffrinos berusia sembilan tahun ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam, pada 4.30 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 15km dari lokasi bot dinaikinya karam.
“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian
Dalam kejadian 3 petang Selasa, bot dinaiki suami isteri bersama tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sinsington karam dengan seorang daripadanya maut manakala tiga lagi hilang.
Seorang lelaki berusia 38 tahun turut dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik hilang itu, semalam. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.