`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 3, 2023

Cuepacs gesa kerajaan lantik segera 3 KSU masih kosong

 

Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata jawatan tidak diisi itu memberi kesan kepada sistem penyampaian kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mempercepatkan lantikan ketua setiausaha (KSU) di tiga kementerian, terutama Kementerian Sumber Manusia yang kosong sejak Julai 2020.

Dua kementerian lain yang belum mempunyai KSU adalah Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan, kata Presiden Adnan Mat.

“Saya minta kerajaan melalui ketua setiausaha negara (Zuki Ali) mempercepatkan lantikan yang masih kosong. Begitu lama kosong… adakah tiada mana-mana pegawai yang kompeten untuk dilantik?” soalnya, ketika dihubungi FMT.

Adnan berkata, jawatan tidak diisi itu memberi kesan kepada sistem penyampaian kerajaan, terutama KSM yang merupakan antara kementerian utama dalam perkhidmatan awam.

Beliau khuatir ketiadaan KSU di KSM bagi tempoh lama akan menimbulkan gambaran “seolah-olah wujud konspirasi untuk melantik pihak tertentu di tempat itu.”

“Ini menyebabkan sebahagian sistem penilaian kepada pegawai di bawah seliaan di KSU ini tidak dapat dibuat dan akhirnya kenaikan gaji tahunan mereka juga tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Mengikut semakan FMT di laman web Jabatan Perdana Menteri, terdapat 43 senarai ahli mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) dengan empat jawatan masih bertanda “kosong”.

Selain tiga kementerian – KSM, KKR dan KKM, jawatan Ketua Audit Negara juga masih belum diisi setakat 27 Mac, kali terakhir laman itu dikemaskini.

FMT sedang mendapatkan maklum balas Zuki. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.