`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 25, 2023

Dakwaan ada sebatian kimia, KKM siasat 2 mi segera

 

Dr Zaliha Mustafa berkata siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan susulan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat dua produk mi segera keluaran Malaysia dan Indonesia yang didakwa mengandungi etilena oksida atau sebatian kimia yang boleh menyebabkan kanser, kata menterinya, Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, sehingga kini beliau belum mendapat maklumat lanjut berhubung penemuan dibuat Jabatan Kesihatan Taipei, terhadap satu jenama mi segera masing-masing dari kedua-dua negara.

Zaliha berkata, siasatan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan susulan, termasuk mengarahkan pemberhentian jualan dua produk mi segera yang dikaitkan dengan kandungan bahan menyebabkan kanser seperti dilaporkan ditemui pihak berkuasa kesihatan Taiwan.

Ads by Kiosked

“Jika ujian dilakukan terhadap dua produk mi segera itu mengesahkan ia mengandungi bahan seperti didakwa, iaitu etilena oksida (ethylene oxide) yang dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia, kita arah supaya dihentikan penjualannya.

“Saya akan dapatkan maklumat mengenai perkara ini selepas pendedahan mengenainya disiarkan media,” katanya menurut Berita Harian.

Agensi berita CNA semalam melaporkan, Jabatan Kesihatan Taipei mendapati mi segera berjenama “Ah Lai White Curry Noodles” dari Malaysia dan satu lagi jenama “Indomie: Special Chicken Flavour” buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu dilaporkan berkata, ujian dijalankan mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk terbabit.

Sementara itu, jurucakap syarikat pengeluar mi segera berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ketika dihubungi berkata pihaknya sudah menghantar sampel mi segeranya untuk ujian dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu.

Beliau mengesahkan, syarikat itu menghantar stok mi segera ke Taiwan tahun lalu dengan tarikh luput tertentu.

Ads by Kiosked

“Bagaimanapun, tarikh luput produk mi segera dikaitkan dengan penemuan pihak berkuasa Taipei itu tidak selari dengan bekalan yang kami hantar ke sana,” katanya.

Sementara itu, beberapa persatuan pengguna tempatan menggesa KKM segera mengambil tindakan segera jika benar penemuan yang dilaporkan pihak berkuasa Taipei itu demi kepentingan pengguna. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.