`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 25, 2023

GPS setia bersama kerajaan perpaduan, enggan layan khabar angin, kata Fadillah

 

Fadillah Yusof berkata GPS berdiri teguh dalam menyokong segala usaha kerajaan perpaduan untuk pemulihan ekonomi negara.

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyangkal dakwaan cubaan gabungan itu bersama beberapa pihak mengadakan perbincangan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

Pemangku Setiausaha Agungnya, Fadillah Yusof, berkata setakat ini GPS berdiri teguh dalam menyokong segala usaha kerajaan perpaduan untuk pemulihan ekonomi negara.

“Premier Sarawak (Abang Johari Openg) beberapa kali menekankan kita mahukan kerajaan stabil, kukuh yang akan meletakkan semula Malaysia ke landasan betul.

Ads by Kiosked

“Lebih-lebih lagi dalam memulihkan ekonomi negara serta memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan sudah tentu kekayaan negara, hanya selepas itu Malaysia akan kembali kepada landasan betul.

“Jika kita terus berpolitik, kita akan ketinggalan jauh dari rantau Asean,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai dakwaan ada perbincangan dibuat oleh beberapa parti termasuk di Sabah dan Sarawak untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Fadillah mengakui beliau tidak tahu sama ada terdapat sebarang pergerakan atau tidak ketika ini mengenai dakwaan itu.

“Sebab itu saya tidak mahu mengulas sesuatu tidak boleh dipercayai,” katanya yang juga ketua whip Parlimen GPS.

GPS mempunyai 23 Ahli Parlimen membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta beberapa lagi parti di Sabah dan Sarawak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.