`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 15, 2023

Heroin 336kg ‘terlepas’ pemeriksaan pelabuhan, polis mula siasatan

 

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani kesal kelemahan di peringkat penguatkuasaan hingga gagal mengesan kemasukan dan keberadaan dadah berkenaan di negara ini. (Gambar Australia Federal Police )

PETALING JAYA: Polis sedang mengenal pasti bagaimana heroin seberat 336kg dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) yang dirampas pihak berkuasa Australia pada 13 Mac lalu, melepasi pemeriksaan di pelabuhan negara ini.

Dadah tersebut dipercayai diseludup masuk sebelum diproses untuk pembungkusan dan diseludup keluar ke Brisbane melalui Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata dalam kes berkenaan Malaysia sememangnya dijadikan transit atau hab oleh sindiket atau kartel dadah bagi tujuan pembungkusan sebelum diseludup ke negara ketiga.

Ads by Kiosked

“Macam heroin, kita tahu ia bukannya berasal dari Malaysia, kerana negara kita tidak sesuai untuk dijadikan penanaman pokok popi atas faktor geografi. Namun, bagaimana heroin boleh dibawa masuk dari luar negara, diproses dan dibungkus semula sebelum dihantar ke negara ketiga?

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Perkara itu yang kita (polis) sedang lihat di mana berlakunya kepincangan dan kelemahan penguatkuasaan kita sehingga kita gagal mengesan kejadian ini berlaku.

“Ini juga bererti perjuangan kita dalam membanteras penyeludupan dadah di negara ini masih lagi jauh dan ada banyak lagi yang perlu dipertingkatkan,” katanya menurut Berita Harian.

Acryl berkata, sebagai ketua polis negara, apa yang amat dikesali adalah bagaimana adanya kelemahan di peringkat penguatkuasaan hingga gagal mengesan kemasukan dan keberadaan dadah berkenaan di negara ini.

“Apa yang terkesan adalah macam mana kita (pihak berkuasa) boleh terlepas consignment (barang kiriman) yang agak banyak ini sehingga boleh dikesan di negara ketiga. Ini yang kita harus lihat semula iaitu sistem jaringan perkongsian maklumat dan perisikan negara kita.

“Kita tidak mahu lagi perkara seperti ini berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Ads by Kiosked

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan adalah sesuatu perkara amat mengaibkan negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.