`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

Ibu dalam pantang maut tertusuk pisau di leher

 

Ibu mangsa berkata, anak perempuannya ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur, dengan sebilah pisau pemotong sayur tertusuk di lehernya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang wanita yang baru sebulan bersalin ditemui maut dengan kesan tikaman pada leher di Kampung Beris Panchor, Tawang, dekat Bachok semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun itu dipercayai baru 36 hari melahirkan anak keempatnya.

Ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58, berkata anak perempuannya yang tinggal di Kedah sebelum ini, ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur.

“Kami turut menemui sebilah pisau pemotong sayur berada di bahagian tengah leher mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa yang berada di ruang tamu sebelum itu, menyerahkan bayinya untuk bercakap dengan suami yang berada di Kedah menerusi telefon dan sempat berpesan menjaga bayinya sebelum memasuki bilik.

Zuraizah kemudian meminta anak bongsunya mengintai mangsa yang berada di dalam bilik menggunakan tangga kerana bimbangkan keselamatannya.

“Kami juga cuba pecahkan pintu bilik beberapa kali. Apabila berjaya masuk, kami terkejut dia terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya.”

Katanya, ketika itu, mangsa masih bernyawa dan beliau meminta ahli keluarga membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.

Beliau berkata, mangsa yang sering mengadu sakit di bahagian perut, pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan pagi semalam.

“Sejak pulang dari sana, dia kelihatan seperti tertekan,” katanya.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasi mati mengejut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.