`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 27, 2023

Ingkar arahan parti, Adun Tanjung Batu sedia dikenakan tindakan

 

Adun Umno Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy (tengah) menyerahkan keputusan pada pucuk pimpinan parti kerana menyokong Hajiji Noor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Adun Tanjung Batu daripada Umno, Andi Muhammad Suryady Bandy, akur apa juga ketetapan dibuat kepimpinan parti susulan tindakannya menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah ketika krisis politik, Januari lalu.

Andi, salah seorang Adun Umno yang belum dikenakan tindakan ketika ini. Tiga Adun Umno lain iaitu James Ratib (Sugut), Jasnih Daya (Pantai Dalit), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) telah dipecat oleh parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan didakwa membelakangkan keputusan parti ketika Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menarik sokongan terhadap Hajiji dan kerajaan negeri pada 6 Januari lalu.

Ads by Kiosked

Andi berkata, tindakan tatatertib itu susulan polemik politik berlaku pada Januari lalu dan beliau akur dengan apa juga ketetapan parti.

“Kita akur dan maklum dengan apa juga ketetapan dibuat oleh parti. Itu ketetapan parti (tidak kenakan tindakan tatatertib), kita ikut sahaja.

“Memandangkan belum ada apa-apa tindakan, kita masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Adun dan juga Ahli Parlimen Umno seperti biasa,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Bung Moktar mengumumkan Majlis Tertinggi Umno memecat tiga orang Adun dan menggantung seorang Adun Umno Sabah yang bertindak membelakangkan keputusan parti ketika berlaku kemelut politik di negeri ini.

Walau bagaimanapun, Andi antara Adun Umno yang tidak belum dikenakan tindakan tatatertib sehingga kini.

Selepas Umno Sabah menarik sokongan kerajaan negeri, lima Adunnya secara terbuka menandatangani akuan bersumpah menyokong Hajiji sebagai ketua menteri.

Ads by Kiosked

Mereka terdiri, James Ratib, Jasnih, Mohd Arsad, Yusof Yacob (Sindumin) dan Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat).

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan digantung keahlian selama enam tahun di dalam parti.

Selain Andi, Adun Bengkoka Harun Durabi, Hamild@Hamid Awang (Balung) yang turut menyokong kepimpinan Hajiji tidak dikenakan sebarang tindakan.

Pada 21 Februari, James Ratib, Jasnih, Mohd Arsad dan Hamild@Hamid Awang mengumumkan keluar Umno dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diterajui oleh Hajiji. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.