`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 18, 2023

Jalan diturap, Lebuhraya KL-Karak sesak lebih 11km

 

Kesesakan dilaporkan berlaku sejauh 11.7km, iaitu dari KM20.1 hingga KM31.8 Lebuhraya KL-Karak arah Timur, berikutan kerja penurapan jalan. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur, berhampiran Bentong, mengalami kesesakan teruk akibat kerja penyelenggaraan jalan raya.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sudah memaklumkan perkara itu kepada pengendali lebuh raya berkenaan, Anih Berhad.

“Kami sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja penyelenggaraan berkenaan, iaitu penurapan jalan, menyebabkan kesesakan,” katanya menurut Buletin TV3.

“Kesesakan teruk disebabkan di laluan berkenaan hanya dibuka satu lorong, dan pihak kami serta JSPT Bukit Aman sudah memaklumkan kepada pihak Anih supaya membuka dua lorong.”

Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong juga dimaklumkan mengenai kesesakan itu.

Kesesakan masih dilaporkan berlaku di laluan terbabit sementara kerja penyelenggaraan dikatakan selesai dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Sehingga 9 pagi tadi, trafik sesak sejauh 11.7km, iaitu dari KM20.1 hingga KM31.8 lebuh raya berikutan kerja penyelenggaraan di lokasi tersebut.

Pihak Anih Berhad bagaimanapun memaklumkan di media sosial pada 10 pagi bahawa semua lorong di laluan berkenaan dibuka, dan trafik beransur pulih. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.