`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 3, 2023

Kerajaan kaji laksana diyat, pesalah bayar pampasan kepada waris mangsa

 

Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan diyat termasuk implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan mewajibkan bayaran pampasan oleh penjenayah kepada keluarga atau waris mangsanya (diyat) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang diluluskan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, setakat ini peruntukan digunakan melibatkan Kanun Acara Jenayah menerusi Seksyen 426 iaitu pampasan diberikan kepada mahkamah dan bukannya pihak lain.

“Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan diyat termasuk implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan. Walaupun mahkamah memerintahkan pampasan diberi, isunya pampasan tersebut mesti datang daripada pesalah itu.

Ads by Kiosked

“Ini isu yang sangat penting untuk dikaji lebih lanjut, jadi mahkamah boleh gunakan kuasa dengan lebih pada masa akan datang,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab saranan yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen yang mencadangkan agar penjenayah membayar diyat kepada waris mangsa ketika membahaskan RUU berkenaan.

Terdahulu, Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.

Rang undang-undang itu juga mencadang membenarkan hakim pilihan mengenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun menggantikan hukuman mati mandatori.

Seramai 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.