`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, April 8, 2023

Kesepakatan PH, BN dalam kerajaan Melaka diharap hingga akar umbi

 

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata kerajaan perpaduan merupakan model politik masa hadapan yang dilihat dapat membangunkan negeri dan negara ke arah lebih baik.

ALOR GAJAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari berharap kesepakatan dalam kalangan kepimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) bawah kerajaan perpaduan di negeri itu tidak terhad pada peringkat exco dan timbalan exco kerajaan negeri sahaja.

Beliau yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan negeri berkata, kesepakatan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat akar umbi melibatkan penyokong kedua-dua parti dalam semua aspek pembangunan, pentadbiran, kebajikan dan ekonomi di negeri itu.

“Kalau perpaduan dan kesepakatan dalam masyarakat di Melaka tanpa mengira ideologi politik boleh berlaku, kita bukan sahaja boleh bina kestabilan politik tetapi pada masa sama kita boleh memberikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat.

“PH memang menyokong usaha pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat negeri seperti berlaku di peringkat nasional kerana kerajaan perpaduan merupakan model politik masa hadapan yang dilihat dapat membangunkan negeri dan negara ke arah lebih baik,” katanya kepada pemberita.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Timbalan menteri pertahanan itu berkata demikian ketika ditemui selepas program memasak dan pengagihan bubur lambuk dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah melibatkan 1,500 bekas bubur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.