PETALING JAYA: Kualiti udara di Petaling Jaya dan Segamat semakin buruk apabila masing-masing mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pada 119 dan 107 setakat 5 petang tadi, berbanding 110 (PJ) dan 92 (Segamat) pagi tadi.
Sebanyak 61 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, termasuk Labuan, Sabah (86), diikuti Banting, Selangor (83), dan Kuala Terengganu (80).
Seremban dan Seberang Jaya di Pulau Pinang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 78; Shah Alam dan Minden (77), manakala Batu Pahat (76).
Lima daerah dengan IPU baik terdiri daripada Tanjung Malim (46), Temerloh (50), Sandakan (39), Kapit (43) dan Sarikei (46).
Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat); 301-400 (berbahaya); 401-500 (sangat bahaya); dan lebih 501 (kecemasan). - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.