`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 28, 2023

Mael XPDC meninggal dunia

 

Punca kematiannya masih belum dapat dipastikan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan rock XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia di Hospital Muar, sebentar tadi.

Perkara itu dikongsikan pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.

“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, difahamkan punca kematian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan itu Zua berkata beliau belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.

Zua dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti.

Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.