`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 23, 2023

MASSACRE HARGA KERETA ELETRIK (EV) JATUH MERUDUM DI PASARAN DUNIA. DI MALAYSIA KITA KENA MASSACRE DULU, SEKARANG DAN SELAMANYA

 


ATAS : KERETA EV JENIS SEAGULL BUATAN BYD CHINA. DIJUAL DI PASARAN DUNIA PADA HARGA RM48,862 SAHAJA. DI MALAYSIA CAMPUR AP, CAMPUR DUTI DAN CUKAI GILA MUNGKIN 2, 3, 4 KALI HARGA PASARAN DUNIA. BAYAR SAJA. 


As EV costs tumble in China, an export wave builds 

Elon Musk say only thing holding back (EV) sales is price.
BYD solving that problem in China, and for the world.
China's largest EV maker unveiled Seagull 
battery range 300km, starting price RM48,862 — 25% price of most EVs 
aggressive price cutting by [Chinese] automakers
predicting "more aggressive price cutting" EVs outside China.
Tesla cut prices in US for 6th time since start of 2023
Chinese automakers now leading world in cutting prices of EVs 
more Chinese EVs headed to Europe, Southeast Asia 
threatening established automaker
more than two dozen Chinese automakers export
"fantastic competitive advantage"
Chinese to sell one million EVs per year in Europe
established automakers taking advantage of China's competitive supply chain
BMW exports iX3 from China to Southeast Asia and Europe.
Renault ships Spring EV to Europe
Tesla shipped 271,000 Model Y, Model 3 from Shanghai factory 
biggest rise in exports from Chinese automakers
China’s exports grew 4 times between 2020 - 2022 to 2 million EVs
on track to top 3 million vehicles in 2023 
BYD’s exports up 4 times in 2022 nearing 56,000 vehicles

My Comments :

Persaingan hebat (intense competition) sangat menguntungkan masyarakat dunia. Dalam kes harga kereta EV ini pengumuman menggoncang dunia oleh syarikat kereta BYD di China untuk menjual kereta eletrik terbaru jenis Seagull dengan harga RM48,000+ sahaja telah pun mencetuskan panik di kalangan pengeluar kereta dunia.

Mereka telah potong harga kereta Seagull itu sebanyak 75 % daripada harga pasaran yang lazim. 

Bukan saja harga semua jenis kereta EV di pasaran dunia akan terjejas tetapi harga semua jenis kereta biasa (berenjin petrol dan disel) juga akan terpaksa menurun.

Sebab penurunan harga kereta EV secara sangat mendadak ini bakal melipatgandakan jualan kereta EV di pasaran dunia. Pengeluar kereta petrol dan disel di pasaran dunia perlu sedia mengalami kerugian besar pada tahun akan datang.

Kecuali di Malaysia. Di Malaysia oleh kerana pengguna, pembeli kereta dan rakyat jelata lazimnya tidak pandai (saya tak nak sebut bodoh) mereka rela ditipu dan dibuli oleh syarat dan peraturan kerajaan yang lebih mementingkan kocek koporat dan GLC, dan sistem kroni pemegang AP impot kereta serta cukai-cukai, levi-levi dan duti-duti impot yang tinggi menggila yang mengakibatkan harga kereta di Malaysia menjadi 2, 3 atau 4 kali ganda harga kereta di pasaran dunia.

TIDAK ADA SATU PUN NGO DI MALAYSIA TERMASUK NGO PENGGUNA BERPERISA 'ISLAM' YANG MEMBANTAH HARGA KERETA ANTARA YANG TERTINGGI DI DUNIA DLAM NEGARA INI.

Pada suatu pertemuan dulu Dr Mahathir pernah perli saya dengan memberitahu bahawa kereta murah Tata Nano di India tidak successful. Pembeli kereta India tidak minat kereta murah yang berkualiti rendah. Dr Mahathir bermaksud bahawa its ok-lah kalau harga kereta di Malaysia sangat mahal. 

Kita tidak mahu kereta murah atau kereta kualiti rendah.  Kita mahu kereta yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Itu saja.  Kita mahu kereta berkualiti yang dijual pada harga pasaran dunia.  Harga pasaran dunia bagi kereta jenis Mercedes, Toyota, Kia, Honda, Ferrari, Volvo dsbnya adalah sepertiga (1/3) atau seperempat (1/4) sahaja daripada harga jualannya dalam negara kita. Jelas sekali kita di Malaysia kena tipu.

Jika kereta EV Seagull dalam gambar di atas itu dijual di pasaran dunia pada harga RM48,000 sahaja maka kita di Malaysia pun patut membayar RM48,000 sahaja.

Jangan pula pembeli di Malaysia terpaksa bayar harga gila tinggi yang dicampur kos AP, kos keuntungan gila syarikat pengimpot monopoli, kos cukai dan duti tinggi dsbnya yang melipatgandakan harga jualan kereta menjadi 2, 3 atau 4 kali harga pasaran dunia. Itu saja.

Tuan-Tuan perlu ingat semua ini bila tiba waktu mengundi ahli politik tahi ayam tak lama lagi (PRN di enam buah negeri). 

Ahli politik tahi ayam ini bukan mempunyai niat untuk membantu kita pun. Tongsampahkan mereka saja.  Itulah mesej sebenarnya hari ini.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.