`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 24, 2023

PAS seru perantau Kelantan pulang mengundi, pertahan PN

 

PAS mahu sokongan padu semua rakyat Kelantan pada PRN nanti. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan menyeru semua perantau negeri itu agar pulang mengundi bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Menteri Besar Ahmad Yaakob berkata perkara itu sudah diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan kemenangan parti itu.

“Kita mahu terus menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran di bumi serambi Mekah ini. Perjuangan ini mungkin akan mengambil masa panjang antara 10 hingga 30 tahun lagi kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Ads by Kiosked

“Kita mahu sokongan padu semua rakyat Kelantan pada PRN nanti supaya program yang dirancang berjalan dengan lebih baik,” katanya lapor Sinar Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Adun Pasir Pekan itu turut meluahkan rasa syukur kerana rakyat Kelantan sentiasa menunjukkan kecintaan terhadap negeri itu walaupun di mana mereka berada.

“Anak Kelantan sudah pasti pulang ke negeri ini setiap kali sambutan hari raya mahupun musim cuti,” katanya.

Pada PRU15, semua calon yang bertanding atas tiket PAS di Kelantan menawan keseluruhan 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri itu.

Kejayaan itu menyaksikan PAS memenangi sembilan kerusi manakala Bersatu menawan lima kerusi.

Empat belas kawasan Parlimen terbabit ialah Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.