`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 9, 2023

PN guna formula PRU15, kata Muhyiddin berkait isu logo PRN

 

Muhyiddin Yassin berkata, pengagihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional untuk PRN di enam negeri kini hampir selesai.

PETALING JAYA: Isu penggunaan logo pada PRN akan datang dianggap selesai kerana Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan formula PRU15, kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi gabungan itu berkata, Kelantan dan Terengganu akan terus menggunakan simbol bulan, manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.

Katanya, pertemuan semalam membincangkan soal politik dan persiapan menghadapi PRN di enam negeri, dengan agihan kerusi kini hampir selesai.

Beliau berkata, isu penggunaan manifesto untuk PRN turut dibincangkan.

“Perkara tersebut sudah dibawa kepada perbincangan di peringkat pusat menerusi Jabatan Perundingan Kerusi Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Muhyiddin berkata, secara keseluruhannya, Kelantan bersiap sedia menghadapi PRN.

“Mengenai parti mana yang akan berlawan di kawasan Umno, itu kita akan bincang selepas ini.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.