`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, April 8, 2023

Pohon pasport secara dalam talian di Lembah Klang, kata menteri

 

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata capaian internet di Lembah Klang yang mencapai 100% menjadi rasional permohonan pasport dibuat secara dalam talian. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Jabatan Imigresen (JIM) akan memperkenalkan projek rintis permohonan dan memperbaharui pasport sepenuhnya secara dalam talian di Lembah Klang bagi mengurangkan kesesakan, termasuk tempoh menunggu.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata di bawah projek rintis itu, pegawai JIM hanya akan menerima ‘walk- in’ daripada warga emas, orang kurang upaya, dan kanak-kanak.

“Rasionalnya ialah kadar capaian internet di Lembah Klang sudah 100%…permohonan hanya melalui atas talian sahaja, dan pejabat pengeluaran pasport hanya untuk mengambil pasport sahaja.

“Manakala, yang walk in untuk kategori yang saya sebut tadi,” katanya kepada pemberita pada majlis di Bayan Baru.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Menurutnya, peralihan kepada sistem permohonan baharu itu tidak sukar kerana 45% daripada 2.8 juta pasport dikeluarkan setakat ini dibuat secara dalam talian.

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.