`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

Rangka wanita ditemui dalam bagasi

 

Ketua Polis Kulai Tok Beng Yeow berkata mayat reput lebih 50% itu didapati ada kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

PETALING JAYA: Polis menemukan rangka milik seorang wanita berusia 25 tahun yang disumbat dalam sebuah bagasi di hentian bas hadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, semalam.

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow, berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan itu pada 1.50 tengah hari dengan mayat tersebut sudah reput lebih 50% serta berulat.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat ditemukan. Rangka mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Ads by Kiosked

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini tampil ke IPD Kulai bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sivachandran di talian 016 2850204,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.