`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 23, 2023

Suhu maksimum 9 kawasan diramal cecah tahap berjaga-jaga

 

Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Jempol (Negeri Sembilan); Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, dan Tanah Merah (Kelantan); Kuala Terengganu (Terengganu); dan Rompin (Pahang).

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Beaufort dan Nabawan.

Ads by Kiosked

Orang ramai diminta merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini cuaca panas harian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.