`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

Tajuk laporan didakwa cetus provokasi Sanusi lawan Sultan Kedah, pembantu MB lapor polis

 

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Muhamad Mat Yakim, berkata tajuk artikel berkenaan dianggap sangat provokatif berhubung laporan ada cubaan menyingkirkan menteri besar Kedah sebagai ahli Majlis Kewangan Negara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tidak puas hati dengan tajuk berita sebuah portal, seorang pembantu menteri besar Kedah membuat laporan polis kerana memfitnah Sanusi Md Nor.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Muhamad Mat Yakim, berkata pihaknya berpandangan tajuk digunakan merupakan fitnah dengan tujuan melaga-lagakan Sultan Kedah dengan Sanusi.

“Sebagai pegawai yang sentiasa ada bersama menteri besar setiap kali beliau memberi kenyataan kepada media, saya yakin tidak pernah sekali pun Muhammad Sanusi mendakwa Sultan Kedah terlibat dalam gerakan penyingkiran beliau sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara.

Ads by Kiosked

“Kita semua sedia maklum bahawa hak melantik mana-mana individu sebagai ahli mesyuarat itu adalah kuasa prerogatif sultan. Justeru tajuk yang diterbitkan itu tidak berasas sama sekali,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, penggunaan tajuk itu didakwa bersifat menghasut, sangat provokatif serta tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Mat berkata, hubungan antara menteri besar dan Sultan Kedah berlangsung baik.

“Sehubungan itu saya memohon pihak polis menjalankan siasatan kerana tulisan sedemikian boleh membawa tafsiran dan persepsi bahaya kepada kerajaan mahu pun rakyat.

“Tulisan ini juga dilihat mempunyai elemen menghasut serta mencetuskan kebencian orang ramai terhadap menteri besar seolah-olah beliau tidak mendapat perkenan Sultan Kedah untuk terus berkhidmat memimpin kerajaan negeri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.