`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 2, 2023

3 maut kereta bertembung 4WD

 

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Bukit Gambir, Tangkak. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, Tangkak.

Pemangku Ketua Polis Tangkak, Idris Abdul Rahman, berkata mereka terbunuh adalah dua wanita dan seorang lelaki masing-masing berusia antara 17 hingga 52 tahun.

Beliau berkata, kesemua mangsa terbunuh beralamat di Kampung Teratai, Jementah, Segamat.

“Kemalangan itu membabitkan kereta jenis Toyota Altis dan pacuan empat roda (4WD) jenis Hilux. Tiga terbunuh adalah pemandu dan penumpang Toyota Altis.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Altis dipercayai dari arah Bukit Gambir menghala ke arah Kampung Teratai bertembung 4WD yang memasuki laluan bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang Toyota Altis berusia 15 tahun parah dan menerima rawatan di Hospital Tangkak.

“Kenderaan terlibat dalam kemalangan dibawa ke Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.