`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 2, 2023

Tumbuk muka anak perempuan, lelaki ditahan polis

 

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata suspek yang bekerja sebagai penunda kenderaan ditahan 30 Jun selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul dua anaknya dan mengugut isterinya di kediaman mereka di Taman Cheras Indah, di sini pada 25 Jun lepas.

Suspek berumur 40 tahun itu, didakwa menumbuk muka anak perempuan berusia 11 tahun sebanyak dua kali dan menampar muka anak lelakinya berusia tiga tahun sehingga meninggalkan kesan lebam.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata suspek bertindak sedemikian apabila isterinya berusia 37 tahun meminta semula pasport miliknya dan anak-anak.

“Punca kejadian ini berlaku apabila isteri suspek bertanya di mana pasport miliknya dan anak-anak dan bertanya tentang pemilik sepasang kasut yang berada di pejabat suspek sehingga menyebabkan suspek berang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, isteri suspek pula diugut agar tidak membuat laporan polis ekoran perbuatan suspek terhadap dua anaknya itu.

Azam berkata, suspek yang bekerja sebagai penunda kenderaan ditahan 30 Jun lepas di Kampung Ampang Indah dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Kedua-dua anak mangsa kini ditahan di wad pediatrik Hospital Ampang bagi rawatan dan pemantauan lanjut manakala suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 7 Julai.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak, manakala Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kepada melakukan ugutan jenayah sehingga mendatangkan ketakutan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.