`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 4, 2023

Apa Itu Banana Republic Atau Negara Penanam Pisang

Sejak awal abad ke-20 istilah 'banana republic' telah menjadi rujukan untuk negara miskin di Amerika Tengah (Central America) yang lazimnya korup, dikuasai rejim tentera dengan sokongan kaum elit yang kaya dan berpengaruh, yang tidak stabil keselamatan dan ketenteraman negara dan mereka menzalimi dan menekan rakyat biasa untuk menampung kuasa dan kekayaan puak pemerintah.

1. an exploitative government that functions poorly for its citizenry while disproportionately benefiting a corrupt elite group or individuals

2. a small, poor country reliant on limited resource, governed by an authoritarian regime and characterized by corruption and economic exploitation by  corporations conspiring with  government officials.
 

Contohnya Honduras menjadi negara pertama digelar Banana Republic sebab ekonominya sangat bergantung kepada tanaman pisang oleh syarikat gergasi kulit putih yang menguasai tanah pertanian yang luas. Pisang itu diekspot ke Amerika Syarikat untuk menjana keuntungan yang besar bagi syarikat Amerika. Rakyat Honduras pula bekerja pada tahap hamba sahaya   dengan berseluar kain guni dan tanpa memakai kasut. 

 


 

Rejim pemerintah pula bersekongkol dengan puak korporat untuk mengambil tanah orang kampong dan tanah kaum asli Honduras  untuk ditebang pokoknya dan kemudian dibuka ladang tanaman pisang. Rejim pemerintah dan elit korporat jadi kaya raya. Rakyat biasa hidup seperti miskin biasa. 

Dalam negara Banana Republic sistem pentadbiran kerajaan, polis, tentera, kuasa undang-undang dan mahkamah semuanya diperalatkan untuk kekalkan pengaruh dan kekayaan rejim pemerintah dan kaum korporat elit. Rakyat biasa diberi layanan biasa tetapi puak pemerintah dan kaum elit pula mendapat layanan yang berlainan.

Banana Republic ataupun republik penanam pisang juga mencerminkan keadaan daif rakyat biasa yang hanya tahu menahu menanam pisang. Serupa orang yang hanya tahu menanam jagung di kampong. Mereka terlalu jauh terpisah daripada mengenali hak-hak mereka yang sebenarnya. Mereka tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu akan kerakusan dan penipuan puak pemerintah dan kaum-kaum elit. Seolah mereka rela serahkan nasib mereka untuk ditentukan oleh rejim pemerintah dan kaum elit yang juga menghisap darah mereka.

Sebab terlalu dhaif pemikiran dan daya menilai baik dan buruk, mereka sanggup melantik musang menjaga reban ayam. Atau mereka rela Dracula menjaga tabung darah. 

Anehnya di Banana Republic itu, lazimnya bilangan rakyat biasa yang selalu kena tipu dan dizalimi adalah dalam berjuta orang atau berpuluh juta orang. Bilangan watak jahat dalam rejim pemerintah dan kaum elit yang menipu mereka pula adalah sangat sikit - dalam satu atau dua dozen sahaja. Ketua pemerintah, ketua dewan, ketua tentera, ketua pasukan keselamatan, ketua pendakwa, ketua ini dan ketua itu. Sangat sikit sekali bilangan mereka.  

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.