`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 24, 2023

Keadaan banjir di 3 negeri masih belum pulih

 

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kerian, Perak meningkatkan kepada 38 orang pagi tadi berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 299 mangsa banjir masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS), di tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada seramai 38 orang pagi ini berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga malam tadi, dan masih ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.

Di Sabah, JBPN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon, pagi ini.

“Semua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

Keadaan sama direkodkan di Sarawak, dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.