`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 27, 2023

MESTI BACA : WHAT IS A FREE MARKET, WHY A FREE MARKET PRICE SYSTEM IS CRITICAL AND WHY MALAYSIA IS SO MESSED UP

 This post will be concluded in Malay. I received the following really short video from a friend of mine Sharifah M (thank you very much). 

Orang yang bercakap dalam video yang singkat ini (2 minit 20 saat) adalah Professor Milton Friedman (meninggal 2006), seorang pakar ekonomi di University of Chicago dan pemenang Nobel Prize dalam bidang ekonomi (1976). 

Sewaktu di universiti dulu di Indiana, Amerika Syarikat (1982) saya melanggani dan membaca majalah mingguan Newsweek.  Setiap minggu Dr Friedman akan menulis column-nya dalam Newsweek untuk menjelaskan pelbagai isu ekonomi. Saya amat tertarik dengan bahasa mudah yang digunakan oleh Dr Friedman untuk menyampaikan pemikirannya dalam majalah Newsweek dan saya faham pelbagai isu ekonomi daripada mengikuti hujah beliau. 

Yang berikut ini adalah syarahan 2 minit 20 saat yang sangat famous oleh Dr Friedman bertajuk 'I, pencil.." di mana Dr Friedman memberi penjelasan yang paling mudah dan sangat mendalam berkenaan apa itu pasaran bebas atau free market dan apa itu price system atau harga pasaran.  Sila dengar dulu videonya.  

Bagi sesiapa yang belum pernah dengar syarahan Dr Milton Friedman, pemenang Nobel Prize (Economics), percayalah video ini adalah satu 'complete lecture' berkenaan ekonomi. 2 minit 20 saat sahaja.

 


 

 


My Comments:

Dengan mengguna contoh sebatang pensil, ia itu suatu barang keperluan manusia yang sangat berguna, Dr Friedman jelaskan bahawa bukan seorang sahaja dengan sendirinya boleh menghasilkan sebatang pensil itu. 

Selama seminit dia cakap berkenaan komponen yang perlu untuk membuat pensil ini.
Kayu dari Amerika, graphite hitam dari Amerika Selatan, pemadam getah (rubber eraser) dari Malaya (negara kita disebut pada saat ke 40). 
Usaha dan kerja untuk menghasilkan sebatang pensil itu melibatkan sumbangan dan kerjasama beribu manusia di banyak negara.  Literally thousands of people cooperated to make this pencil.

Dan Dr Friedman jelaskan bahawa kerjasama antara manusia untuk menghasilkan barang keperluan hidup kita tidak bergantung kepada agama, bangsa, bahasa atau negara kita. 

Ekonomi (economics) sebagai kenyataan kehidupan manusia, sebagai nadi jantung sesuatu negara atau masyarakat ataupun sebagai suatu bidang pengajian, sebagai matapelajaran di universiti dan sekolah tidak boleh bergantung kepada sebarang idea atau konsep agama, bangsa, bahasa atau negara. There is no such thing.

Dan apakah keajaiban "ekonomi" yang boleh kumpulkan atau memupuk kerjasama dan usahasama beribu manusia dari seluruh dunia untuk menghasilkan sebatang alat tulis  itu yang sangat diperlukan dan amat berguna kepada manusia?

Jawapannya adalah price system. Atau harga pasaran. Biar pasaran yang tentukan harga barang di pasaran. Bukan ahli EXCO biadap ke, Penjawat Awam ke, pemimpin politik ke atau billionaire pegang monopoli.

You mess with the harga pasaran or price system, percayalah anak bini Tuan-Tuan akan kebuluran.  

Dr Friedman menjelaskan 'keajaiban harga pasaran' : "There was no commissar sending out orders from some  central office. It was the magic of the price system. The impersonal operation of prices that brought them together and got them to cooperate . . " (untuk menghasilkan sebatang pensil tadi).


Tanpa alat tulis seperti pensil atau pena manusia mungkin kekal atas pokok lagi.  Firman Allah swt (Surah 96:4)  :  
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ  ('allazi 'allama bil qalam') yang bermaksud 'yang telah mengajar dengan pena'.  'Who taught by the pen'.

Bagi saya bahagian yang memang tepat sekali adalah kenyataan Dr Friedman pada penghujung video ini seperti berikut  :

That is why the operation of the free market is so essential not only to promote productivity and efficiency but even more to foster harmony and peace among the peoples of the world.
 
So sekarang kita bandingkan dengan ekonomi kekok negara kita pula. Harga barang pula ditentukan oleh orang politik. Bukan oleh pasaran bebas. Apa cara dia gunakan untuk tentukan harga barang? Dia tengok ada pilihanraya atau tidak. Dia tengok berapa ramai pengundi Melayu yang terlibat. 

Dan untuk "mengawal harga" (aka harga kawalan) dia pilih kroni yang setia yang akan memberi sumbangan duit yang besar kepada parti politik mereka untuk menjadi taukeh pemegang monopoli  barang-barang keperluan orang. Maka terjadilah billionaire Dracula penghisap darah rakyat marhaen. Konon-nya pandai berniaga tetapi sebenarnya penipu dan pencuri duit rakyat. Ada pula yang telah mulakan career mereka sebagai Babuji penyeludup beras dan lembu dari Thailand.
 
Kalau kemenyan dan colok (yang digunakan dalam upacara sembahyang orang Hindu)  pula naik harga depa tak peduli sangat sebab bilangan pengundi Melayu lebih ramai. Biar harga colok ikut pasaran. Maka bekalan kemenyan dan colok selalu ada dan harganya pun berpatutan.
 
Kalau harga daging babi naik, haram depa peduli langsung.   Siapa suruh Cina makan babi? Jadi harga daging babi dibiar ikut harga pasaran. Bekalan daging babi pun selalu ada, tidak tergendala. Orang Cina pun tak complaint. Anak bini mereka makan cukup, kekal gemuk dan sihat.
 
Jadi apabila orang politik yang tak faham apa pun dan tidak faham bisnes, ekonomi dan kewangan (business, economics and finance) cuba menentukan harga barangan, mewujudkan monopoli ikut bangsa, agama, bahasa dsbnya maka anak Tuan-Tuan akan kebuluran. Percayalah this will happen. Dan memang ianya sedang berlaku sekarang.
 
Imagine-ya kalau dalam contoh Dr Milton Friedman dalam video itu, tiba-tiba timbul pula 'kuota bumiputra' untuk pembuatan pensil, atau monopoli mengimpot pensil  diberi kepada seorang sahaja kroni jutawan atau pensil tidak boleh dibawa dan dijual antara dua buah negeri tanpa permit kawalan harga dsbnya apa yang akan berlaku kepada bekalan pensil dalam dunia ini? 
 
Dalam sekejap masa saja anak-anak sekolah kita akan terpaksa pergi ke tepi laut dan mengguna jari mereka untuk belajar menulis atas pasir putih di tepi pantai. Seperti mana dibuat Abdullah Munsyi ketika beliau belajar menulis Tamil di tepi pantai di Melaka.
 
Jangan main-main dengan perjalanan pasaran bebas atau perjalanan harga pasaran. You mess with the free market and the price mechanism you will become poor.  Saya setuju dengan EXCO Melaka yang biadap itu, memang akan berlaku revolusi seperti di Rusia dulu.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.