`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 15, 2023

Penghantar makanan yang selalu dapat perhatian

 

Tular rider Foodpanda terpaksa balik jalan kaki selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Video dari belakang yang memaparkan beg penghantarannya sungguh menyayat hati. Timbul pelbagai tanda tanya. Apakah masih ada makanan yang mahu dihantar kepada pelanggannya. Apakah JPJ patut menggunakan budi bicara menyamannya atau memberi amaran dahulu. JPJ sudah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menyita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh.

Memang tugas penguat kuasa undang-undang mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhinya. Cuma warganet berpendapat JPJ sepatutnya guna budi bicara. Kenapa? Sebab pendapatan penghantar tidak sebanyak mana pun. Untuk pendapatan RM100 hingga RM150 sehari mereka terpaksa kerja dari 8 pagi hingga 10 malam. Tiap hari tidak menentu. Jika motosikal mereka disita, entah apalah ikhtiar mereka mahu mencari pendapatan. Apapun alasan, undang-undang mesti dipatuhi.

Beberapa bulan lalu, Menteri Besar Kedah Sanusi Nor ada menyebut beliau mahu menjadikan Kedah sebagai negeri tempat orang miskin menumpang teduh dan orang kaya menabur bakti. Secara spesifik beliau membawa contoh agar agensi kerajaan seperti JPJ mempermudahkan kehidupan orang kampung dengan membantu urusan mendapatkan dokumen pemilikan motosikal yang tiada geran atau cukai jalan, bukan menyaman mereka.

Ketika Allahyarham Pahamin Rajab menjadi ketua pengarah, JPJ banyak turun padang. Membantu marhaen mendapatkan lesen dan urusan berkaitan. JPJ ketika itu dilihat “community friendly” tetapi kekal menguatkuasakan undang-undang. Tetapi sekarang apabila JPJ sudah berhijrah ke era Apps, penduduk luar bandar akan merasa lebih tersisih.

Sudah tentu agensi seperti JPJ tidak mahu ada pihak ambil kesempatan ke atas tindakan longgar terhadap kesalahan lalu lintas. Nanti ada tuduhan pula kata JPJ tidak tegas. Bukan mudah untuk melaksanakan budi bicara dalam tugas masing-masing. Jika ia membabitkan undang-undang, lagi payah. Ia akan jadi “precedent” dalam tindakan masa depan.

Hampir setiap minggu ada sahaja insiden membabitkan penghantar. Yang ini agak lucu tapi serius. Rider ini menulis ungkapan ini di beg penghantarannya: “Aku bekerja untuk menghalalkan si dia. Tetapi dunia ini kejam”.

Rider berkenaan berniat mahu berkahwin tetapi terpaksa bekerja keras sampai malam setiap hari untuk mengumpul duit. Rezekinya murah. Black, artis tanah air bertembung dengannya di sebuah stesen minyak dan simpati dengan keluhan rider ini yang memiliki ijazah sarjana. Black menghadiahkan iPhone untuknya kerana telefon yang dipinjamnya sudah uzur kerana skrin sudah pecah.

Tidak sampai 24 jam rider yang motosikalnya disita, dihadiahkan motosikal baharu oleh seorang TikToker. Sebak dia. Esok masih ada. - FMT

Ads by Kiosked - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.