`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 3, 2023

Nahas di Segamat: Remaja 15 tahun masih di ICU

 

Mangsa masih dirawat di ICU Hospital Segamat, tetapi dia kini ditidurkan. (Gambar Bernama)

SEGAMAT: Remaja lelaki terlibat dalam kemalangan mengorbankan enam ahli keluarganya di KM5 Jalan Segamat-Kuantan semalam masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon turut menafikan laporan sebuah akhbar bahawa Abdullah Amir Ruddin, 15, meninggal dunia petang tadi.

Beliau berkata, mangsa itu masih dalam rawatan, namun dia kini ditidurkan.

“Remaja ini masih di ICU Hospital Segamat. Mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan ditidurkan.

“Dalam masa sama, saya pohon tidak menyebarkan apa-apa maklumat belum dikenal pasti atau gambar mengenai kes atau mangsa kerana ia akan menyedihkan keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, kemalangan itu mengorbankan bapa dan ibu mangsa, iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, serta Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung sebuah lori. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.