`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 6, 2023

PN menang Pulai kerajaan perpaduan hilang majoriti, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin berkata PN sedia berbincang dengan kerajaan dan mahu menjadi pembangkang yang berwibawa untuk kepentingan rakyat.

JOHOR BAHRU: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pulai akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen yang mereka nikmati sekarang, kata Hamzah Zainudin.

Setiausaha agung PN berkata, jika ia berlaku PH-BN tidak boleh berbuat sesuka hati kerana perlu berunding dengan PN sebelum sebarang keputusan dibuat di Parlimen.

“Tolong bantu untuk berikan kemenangan kepada (calon PN) Zulkifli Jaafar, kerana dengan memberikan kemenangan ini akan menyebabkan mereka tak dapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen, jadi tak boleh lakukan apa-apa sewenang-wenangnya.

“Mereka terpaksa jumpa kita, kalau baik kita sokong, yang tak baik kita tak sokong,” kata ketua pembangkang ketika berucap dalam ceramah kelompok di Kempas.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, PN sedia berbincang dengan kerajaan dan mahu menjadi pembangkang yang berwibawa untuk kepentingan rakyat.

“PN mahu jadi pembangkang yang kredibel, tahu akan kepentingan rakyat, apa dia, kepentingan kita nak tentukan masa depan kita hidup selesa.

“Hari ini macam mana nak selesa ekonomi merudum, pemimpin tiada perancangan untuk masa depan rakyat yang hidup berbilang kaum,” katanya.

Sehubungan itu, Hamzah berkata dengan memenangkan calon PN, rakyat akan mendapat kehidupan lebih baik.

“Dengan kemenangan Zulkifli akan berikan satu lagi bukti rakyat bersuara untuk masa depan lebih baik,” katanya.

Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri dengan sokongan dua pertiga atau 148 daripada 222 keseluruhan Ahli Parlimen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.