`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 15, 2023

Tolak PH, tetap mahu Umno tanpa Zahid, kata pemimpin PN

 

Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Dr Mazri Yahya senada mahu PN bekerjasama dengan Umno, bukan PH.

PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan di Putrajaya, menggantikan Umno.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Mohd Rafiq Mohd Abdullah berkata cadangan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir itu bukan baharu tetapi pernah dicadangkan ketika negara berdepan situasi parlimen tergantung pasca PRU15.

Ketiadaan gabungan mempunyai majoriti mudah membentuk pemerintahan menyebabkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan di antara PN-PH, namun ditolak komponen diketuai Muhyiddin Yassin.

“Tawaran Tuanku (Agong) waktu itu kerajaan perpaduan (PN-PH) kita tinggal kata setuju sahaja nak jadi kerajaan tetapi kita tidak gabung dengan PH,” katanya kepada FMT.

Rabu lalu, Mukhriz mencadangkan PN menjadi sebahagian kerajaan perpaduan, menggantikan Umno yang didakwa menjadi duri dalam daging kepada pelbagai masalah dalam negara.

Mukhriz berkata jika gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin itu enggan berbuat demikian, PN dan PH boleh mempertimbangkan memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

Menyifatkan Mukhriz tidak lagi relevan, Rafiq yang juga Adun Kuang berkata PN sebenarnya masih berharap bekerjasama dengan Umno tetapi hasrat itu terbantut disebabkan presidennya Zahid Hamidi yang terpalit tuduhan rasuah.

“Ada kebarangkalian yang kita nak buat perpaduan semua parti Melayu, Umno tak bersalah yang bersalah Zahid sahaja,” katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mazri Yahya turut meletakkan keyakinan PN menjalinkan kerjasama dengan Umno dan meminta parti mempunyai tiga juta ahli mempertimbangkan meninggalkan gabungan kerajaan perpaduan.

“Saya rasa tak sepatutnya Umno tunggu dalam PH, keluar dan bentuk kerajaan perpaduan dengan PN.

“Kalau ahli sayang Umno mereka perlu berani memastikan arahnya kembali kepada jalan sepatutnya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.