`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 28, 2023

UNLIMITED STUPIDITY : OTAK PADA B*NT*T * (BUKAN PADA LUTUT). SOLIDARITI ADA LARANGAN

 UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LARANGAN UNSUR EKSTREMISME DAN KEGANASAN DALAM PELAKSANAAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme. Penganjuran program ini adalah di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan KPM.

KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November 2023. Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.

Bla bla bla

-TAMAT-

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 27 OKTOBER 2023

 

My Comments : 

1. Sekolah bukan tempat sembelih lembu. Jangan sembelih lembu dalam kawasan sekolah. Lembu mesti di sembelih di tempat yang bersih dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Juga diluar pandangan umum. 

Sebab itu Allah swt anugerahkan akal dan otak kepada manusia zaman moden untuk mendirikan rumah penyembelihan yang khusus untuk sembelih haiwan seperti lembu. 

Tetapi manusia yang berotak lembu pula lebih suka menyembelih lembu di sekolah, di tepi masjid dan surau yang semuanya tidak sesuai untuk menyembelih apa jenis haiwan pun. 

Lepas itu darah, najis dan sisa lembu mencemar parit, longkang dan kawasan sekolah dan surau.  Sebab manusia berotak lembu.

2. Sekolah bukan tempat membawa campur politik termasuk politik antarabangsa untuk mengelirukan murid sekolah (serta guru-guru sekolah yang memang terencat akal).

Orang Melayu harus tanya kenapa President Mahmoud Abbas yang juga Pengerusi Parti Al Fatah  yang berpegang kuasa di Tebing Barat (West Bank) tidak terlibat menyerang atau memerangi Israel? 

Kenapa hanya Hamas (cabang Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood yang beribu pejabat di negara lain - entah negara mana Mesir, Qatar, Turkiye, Switzerland atau sebuah negara di ASEAN?) yang selalu terlibat serangan terhadap Israel?  Serangan yang pasti, 100% confirm mereka akan kalah kepada Israel. 

Sebab mereka lebih mewakili perjuangan Muslim Brotherhood ia itu untuk menubuhkan sejenis pemerintahan khilafah tetapi mengikut Cap Kambing kepala hotak mereka. Maka sengsara penduduk Gaza jika berlaku peperangan dan serangan itu bukan prioriti utama bagi Muslim Brotherhood.

 


 

Bagi Tuan-Tuan yang tidak setuju pendapat saya, I have a suggestion. Saya ada cadangan. Why not kita anjurkan persidangan antarabangsa  bertajuk 'Perbezaan Politik Al Fatah (West Bank) dan Hamas (Gaza) Untuk Murid Sekolah Rendah Malaysia'.

Kita jemput wakil daripada Al Fatah di West Bank, wakil Hamas di Gaza, wakil Muslim Brotherhood entah dari negeri mana, wakil kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Mesir yang cukup benci kepada Muslim Brotherhood semua datang ke Malaysia untuk membuat persidangan politik antarabangsa bagi murid sekolah rendah kita? Isnt that a brilliant idea?

Kita jemput anak murid Darjah Satu hingga Darjah Enam dan juga penuntut sekolah menengah untuk mendengar hujah "tahap international" oleh semua pelakon yang saya sebut tadi. 

Contohnya kita boleh tanya wakil kerajaan Mesir apakah sebabnya sejak tahun 2007 (apabila Hamas mengambil kuasa di Gaza) mereka telah menutup (hampir 100% of the time) Rafah Crossing atau pintu sempadan antara Mesir dan Gaza? 

Sebaliknya kawalan sempadan di Eretz Crossing dan Kerem Shalom antara Gaza dan Israel senantiasa dibuka bagi laluan rakyat Palestin (kecuali apabila berlaku peperangan seperti sekarang).

Lepas itu sesudah anak-anak murid sekolah rendah dan menengah kita faham penuh isu-isu international politics dan geo-politics berkenaan Palestin, Gaza, West Bank, Al Fatah, Muslim Brotherhood, Hamas, Mesir, Arab Saudi, Israel dsbnya maka boleh-lah kita benarkan Minggu Solidariti Cap Ayam atau Cap Kambing atau mana-mana cap lain.

3. Sekolah bukan tempat untuk mengejar atau mengajar aktiviti yang tidak perlu menggunakan akal. Malangnya atas mukabumi Allah swt ini terdapat satu golongan besar yang melaungkan bahawa kepercayaan mereka tidak boleh difaham dengan menggunakan akal. Kepercayaan mereka hanya boleh difaham dengan TIDAK menggunakan akal. (Wahai manusia ketahuilah! Kamilah golongan yang tidak menggunakan akal dalam semua perkara). Nauzubillah.

Masalahnya baki dunia yang berada di sekeliling kita terdiri daripada umat manusia yang memang menggunakan akal. Maka apabila berlaku pertembungan atau perselisihan atau persaingan antara golongan ynag menggunakan akal dan golongan yang tidak menggunakan akal agak-agaknya siapa yang akan tewas? Dan telah terus tewas sejak hampir 1,000 tahun yang lalu? Jawapan : Golongan yang tidak menggunakan akal.

Jadi apakah  SOP yang sepatutnya bagi sistem pendidikan kita - mengguna akal atau tidak guna akal?  Ketuklah kepala otak masing-masing dan tanyalah kepada hati.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.