KUALA LUMPUR: Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja membaiki kerosakan itu sedang dijalankan dan kawasan berkenaan ditutup hingga kerja itu serta pemeriksaan keselamatan selesai.
“Sila elak kawasan ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport Care kami,” kata MAHB. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.