`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 4, 2024

Fitnah Malaysia tak anjur tilawah, pemilik akaun dipanggil

Fahmi Fadzil meminta semua pihak tidak membuat hantaran berniat jahat di media sosial.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan merakam keterangan semua pemilik akaun yang memuat naik hantaran tersusun palsu di media sosial kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata MCMC telah mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan pengesanan terhadap mereka sedang giat dijalankan.

Beliau berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik mesej terancang seumpama itu bukannya kali pertama berlaku malah dikesan sejak Februari lagi.

”Cukup-cukuplah, tindakan memuat naik hantaran seumpama itu di media sosial adalah satu fitnah sangat jahat kepada kerajaan, agama Islam dan institusi diraja di negara ini.

“Peringatan kepada semua, jangan komen atau buat sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R (perkauman, agama dan raja), berhati-hati kerana kita telah diminta bertindak lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasa anjuran MCMC di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCMC Mohamad Salim Fateh Din dan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah Al-Quran sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert tular sejak beberapa hari lepas.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan semalam yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang.

Beliau berkata Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Okt depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.