`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 29, 2024

Kempen bersungguh, sampaikan kejayaan kerajaan perpaduan, pesan PM

 

Calon PH Pang Sock Tao berdepan Khairul Azhari Saut (PN), Nyau Ke Xin (bebas) dan Hafizah Zainuddin (PRM) pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

HULU SELANGOR: “Berkempenlah bersungguh-sungguh dan sampaikan fakta yang sebenar mengenai pencapaian dan kejayaan kerajaan perpaduan.”

Itu pesanan dititip Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada jentera parti di lapangan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Anwar turut berpesan supaya jentera parti berkempen secara sihat serta tidak menggunakan fitnah, sentimen perkauman dan memburukkan personaliti dalam misi mempertahan kerusi berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor.

Anwar kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR itu juga berkata, calon yang diketengah Pakatan Harapan (PH) bagi mewakili kerajaan perpaduan mempunyai potensi kepimpinan hebat serta latar belakang pendidikan yang baik dan ia tidak seharusnya disia-siakan oleh pengundi di DUN Kuala Kubu Baharu.

“Walaupun PRK kali ini tidak mempunyai sebarang kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri namun warga KKB tidak boleh memandang remeh dan mensia-siakan peluang yang telah diberikan untuk memilih pemimpin yang tepat,” katanya.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon PH, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.