`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 2, 2024

JPPM lulus pindaan perlembagaan, Bersatu ambil langkah susulan, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin menzahirkan penghargaan kepada JPPM kerana meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu.

PETALING JAYA: Bersatu akan mengambil beberapa langkah susulan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agung Hamzah Zainudin berkata, pada masa akan datang, Bersatu akan memastikan segala tindakannya menepati perlembagaan dan undang-undang.

“Bersatu menzahirkan terima kasih kepada JPPM kerana meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu yang telah diluluskan sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti pada 2 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi media sosialnya memuat naik surat bertarikh 1 April yang ditandatangani Ketua Pengarah JPPM Mohd Zulfikar Ahmad, memaklumkan pengesahan kelulusan pindaan perlembagaan parti itu.

Perhimpunan agung Bersatu pada 2 Mac lepas meluluskan pindaan terhadap Perkara 10 perlembagaan parti yang melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan terhadap pihak lain bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Susulan pelucutan keahlian, wakil-wakil rakyat tersebut mesti mengosongkan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada PRK. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.