`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 24, 2024

Rombak sistem kemasukan warga asing, agensi pelancongan beritahu Putrajaya

 

pelancong KLIA
SPRM kenal pasti penggunaan visa pelancong punca utama berlaku ‘counter setting’ lepaskan warga asing masuk tanpa pemeriksaan di KLIA Terminal 1 dan 2. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA
Pengusaha agensi pelancongan menggesa Putrajaya merombak sistem kemasukan warga asing bagi mengelakkan salah guna visa pelancongan sehingga berlaku counter setting’ di pintu masuk udara.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Mohd Khalid Harun berkata perubahan itu membabitkan agensi terbabit menguruskan kemasukan warga asing dan pengenalan sistem yang lebih canggih.

Mohd Khalid mencadangkan supaya sistem baharu itu mampu mengenal pasti mereka yang telah tamat visa dan maklumat itu terus dipaparkan di pelbagai medium untuk tindakan susulan.

Ini dapat memudahkan proses menjejak dan menangkap selain mengambil tindakan termasuk terhadap agensi pelancongan terlibat,
 katanya kepada FMT.

Terdahulu, SPRM mendedahkan penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing antara punca utama berlaku kegiatan ‘counter setting’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.

Agensi itu mengenal pasti kumpulan warga asing khususnya dari Bangladesh, Nepal, Myanmar dan beberapa negara lain ke negara ini tidak menggunakan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS).

Sebaliknya, mereka menyalahgunakan visa pelancong masuk ke negara ini konon untuk melancong tetapi hakikatnya untuk bekerja secara haram.

Sindiket itu dibongkar melalui operasi khas SPRM, awal bulan ini selain menyita RM1 juta, 22 kenderaan, 27 keping dinar emas dengan anggaran nilai lebih RM200,000.

Selain itu, SPRM merampas lebih 75 utas barang kemas seperti cincin, gelang, rantai, loket, subang, serta lebih 12 jam tangan, lebih 30 telefon pintar pelbagai jenama dan komputer riba.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) Razali Mohd Sham pula menggesa sistem permohonan pekerja asing dipermudahkan bagi memudahkan pemantauan dan menghentikan amalan rasuah.

“Kalau tengok kenapa warga asing sanggup membayar rasuah kerana menganggap sistem Imigresen menyusahkan mereka…terlalu ketat.

Kita boleh contohi Arab Saudi yang mengenakan levi RM1,000 pada tahun pertama diikuti RM2,000 (tahun kedua), RM4,000 (tahun ketiga) dan RM8,000 (tahun keempat)…kalau nak kerja lama di Malaysia kena bayar lebih tinggi,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.