tanya Ahmad kepada Ali.Eh… mengapa YB kita nampak lain macam je,
jawab si Ali.Ye lah, dulu YB manis. Muka manis cakap pun manis. Tak macam ni,
Sebenarnya, YB-YB kita nampaknya terpaksa minum air tawar semasa berada di Parlimen tidak lama lagi. Air tawar yang saya maksudkan ialah air tanpa rasa manis. Tiga hari lalu berkata Johari Abdul, speaker Dewan Rakyat bahawa hari Rabu setiap minggu ditetapkan hari tanpa gula di Parlimen. Bermakna, kata beliau seperti dipetik Malaysiakini, Parlimen mengharamkan penggunaan gula dalam minuman. Peraturan ini membabitkan bukan sahaja ahli Parlimen tetapi sesiapa juga yang datang ke Parlimen untuk urusan dan sebagainya. Kakitangan Parlimen dan pelawat, juga operator kafeteria kena patuh.
akan pantau,
kata Johari. Sesuatu yang bagus pada hemat saya. Cuma nak tahu adakah pengharaman gula hanya membabitkan minuman? Yang disediakan di kafeteria Parlimen mungkin Boleh dipantau bak kata Johari tapi jika bawa dari luar? Masalah juga nak pantau.
Itu dalam Parlimen. Di luar bagaimana pula? Boleh je YB atau siapa sahaja yang hendak ke Parlimen pekena ayaq manih terlebih dahulu — betul tak? Atau minum di rumah jika tidak di kedai.
Ambil kira langkah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh. Pada 13 Sept lalu, beliau lancar kempen ‘Jom Kosong’ yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dengan minuman tanpa gula. Kempen ini akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Merangkumi semua orang. YB dan bukan YB. Muda dan tua. Bagus.
Adakah kempen perangi gula membabitkan juga pengeluar minuman? Adakah mereka terus keluarkan produk yang mungkin tidak menepati syarat atau had gula? Adakah restoran tidak lagi atau tidak mahu mendapatkan bekalan daripada pengilang? Berbalik kepada pertanyaan tadi. Selain minuman adakah pengharaman gula membabitkan makanan? Banyak juga makan kegemaran kita yang punya kandungan glukosa tinggi. So camna?
Setahu saya penghidap diabetes dinasihati doktor supaya mengurangkan makan nasi kerana kandungan karbohidrat tinggi.
Kuih-muih bagaimana? Kita tahu kuih Melayu banyak yang manis-manis belaka. Ada yang terlalu manis. Tapi bak kata orang, apa maknanya jika kuih tawar? Bukan kuih Melayu lah kalau tidak manis, kata mereka. Betul juga tetapi sebenarnya bukan sahaja kuih Melayu kerana kuih masyarakat lain ada juga manis-manis.
Adakah semua kena tawar, atau setidaknya dikurangkan gula? Bolehkah itu dilakukan? Kuih yang sememangnya ‘mesti’ manis jika dikurangkan manisnya maka hilanglah keasliannya. Tetapi kesihatan tidak boleh diabaikan.
Namun diakui untuk mengimbangi kelazatan dengan tuntutan kesihatan bukan sesuatu yang mudah. Manis salah tak manis salah gamaknya. Pokoknya disiplin semua pihak diperlukan. Si pembuat dan si pemakan. Bukan senang, bukan mudah. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.