`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, December 25, 2025

Insiden minyak tercampur: PDB hubungi pelanggan terjejas, stesen tutup sementara

PDB berkata, pihaknya ambil langkah-langkah perlu untuk selesaikan perkara itu dengan segera.

Petronas
Terdahulu, tular insiden beberapa kenderaan rosak selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway, didakwa kerana minyak petrol dan diesel tercampur.
PETALING JAYA:
 Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan pihaknya telah menghubungi pelanggan yang terjejas akibat insiden minyak petrol dan diesel didakwa tercampur di sebuah stesen Petronas di Sarawak semalam.

PDB berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menyelesaikan perkara itu dengan segera, lapor Bernama.

Syarikat itu turut memaklumkan, stesen terbabit ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

Terdahulu, tular insiden beberapa kenderaan rosak selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway, didakwa kerana minyak petrol dan diesel tercampur akibat isu teknikal pada sistem simpanan minyak stesen tersebut.

Memohon maaf kepada semua pelanggan terjejas, PDB menegaskan, pihaknya memandang serius insiden tersebut.

“PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.