`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, December 29, 2025

‘Pergilah kawan, jangan kembali’, kata Pemuda PAS selepas persahabatan tak dihargai

Kenyataan Afnan Hamimi Taib Azamudden itu tidak lama selepas Adun Bersatu dilantik menteri besar Perlis menggantikan Adun PAS.

Afnan Hamimi holds a Press Conference "Youth Reject URA"
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata parti itu buat apa sahaja nak jaga persahabatan tetapi ia tidak dihargai oleh ‘kawan’.
PETALING JAYA:
 Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menyuarakan kekecewaannya selepas segala pengorbanan parti itu dan semangat setiakawan yang dipertahankan selama ini tidak dihargai ‘kawan’.

Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas Adun Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai menteri besar Perlis menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli daripada PAS yang meletak jawatan atas faktor kesihatan, Khamis lalu.

Dalam hantaran di Facebook itu, Afnan mengimbas kembali beberapa pengorbanan PAS selepas PRU15 untuk menjaga persahabatan termasuk menamakan calon dalam kalangan ‘kawan’ sebagai calon perdana menteri.

“Selepas PRU15, kerusi PAS lah yang paling banyak di Parlimen tetapi semua Ahli Parlimen PAS tandatangan SD yang ada nama ‘kawan’.

“Walaupun dalam hati kecil mahu nama calon perdana menteri itu dari kalangan PAS, kerana kerusinya lebih banyak. Namun hasrat itu dipendam, kepentingan muafakat persahabatan lebih diutamakan,” katanya.

Kata Afnan, selepas ditakdirkan jadi pembangkang, PAS namakan pula ketua pembangkang dalam kalangan nama ‘kawan’.

Tambahnya, PAS juga sanggup kerah jentera, keluar duit, kutip derma untuk membantu kempen ‘kawan’ dalam pilihan raya.

“Begitulah PAS dalam berkawan. Semua menjadi saksi kesetiakawanan PAS dalam berkawan. Hari ini, ‘kawan’ itu sudah pergi berjalan sendiri. Merasakan diri sudah gagah hebat kuat.

“‘Kawan’ yang setia ini sudah ditinggalkan begitu sahaja. Tak mengapa ‘kawan’. Nak pergi, pergilah. Tak usah kembali lagi,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin PAS turut memberi pelbagai reaksi di media sosial susulan pelantikan menteri besar Perlis itu termasuk ada menganggapnya sebagai satu bentuk ‘pengkhianatan’ dan ‘kawan makan kawan’.

Isu itu bermula, selepas lapan Adun Perikatan Nasional (PN) iaitu lima Bersatu dan tiga PAS mengemukakan akuan berkanun (SD) yang memberitahu menarik balik sokongan terhadap Shukri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.